Bab 78

8.6K 505 21
                                    

Rossa menuju ke ruang tamu. Dari jauh dia melihat Alvin sedang menonton TV sambil memakan buah buahan. Rossa menghampiri Alvin kemudian duduk di sebelahnya.

"Mana yang lain?" soal Rossa.

"Siapa?" soal Alvin pula.

Rossa memandang Alvin yang khusyuk menonton TV.

"Marsha, Benny, Josh..."

"Marsha,Benny dan Kevin dieorang sekolah. Josh pulak dia dekat perpustakaan." potong Alvin.

Rossa merengus kegeraman. Tak boleh ke kalau tak potong cakap orang dulu. Hish. Ohya tahun ni sekolah Alvin dengan Josh sudah tamat. Hanya mereka bertiga saja yang masih bersekolah.

"Perangai tak pernah nak berubah." kata Rossa perlahan tetapi dapat di dengari Alvin.

Alvin pula memandang Rossa pelik.

"Kau siapa sebenarnya?" soal Alvin.

Kali ini mukanya kelihatan serius. Rossa pula terkejut apabila Alvin menyoalnya seperti itu.

"Er...apa maksud kau? Aku ni Rossa Elrica lah." kata Rossa yang cuba mengawal perasaan terkejutnya.

Alvin mendekatkan mukanya dengan muka Rossa. Kepala Rossa terundur ke belakang sedikit.

"Apa...kau nak buat ni?" soal Rossa dengan hati berdebar debar.

"Jujur dengan aku. Siapa kau sebenarnya." kata Alvin dengan riak kosong.

Mukanya di jauhkan dari muka Rossa. Tapi matanya masih lagi tidak lepas memandang Rossa. Rossa pula merasa tidak selesa.

"Apa yang aku kena jujur? Dah lah. Aku nak keluar jalan jalan." kata Rossa.

Dia cuba untuk mengelak dari terus menerus bercakap dengan Alvin. Dia bangun dari duduknya dan cuba untuk pergi namun di halang oleh Alvin.

"Kau nak pergi mana? Kau belum jujur lagi." kata Alvin.

Baru sahaja Rossa ingin bersuara, muncul pula Raja Hendri.

"Raja Hendri!" panggil Rossa.

Terus sahaja Alvin melepaskan pegangannya. Raja Hendri pula menghampiri mereka berdua.

"Kamu berdua tengah buat apa ni?" soal Raja Hendri.

"Tak buat apa. Alvin pergi dulu." kata Alvin lalu bangun dari duduknya dan pergi.

"Dia buat perangai lagi ke?" soal Raja Hendri.

Rossa menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.

"Boleh Bella cakap sekejap dengan Uncle?" soal Rossa.

Raja Hendri mengangguk. Mereka berdua duduk di sofa.

"Apa yang Bella nak cakap kan?" soal Raja Hendri.

Bella mengambil sesuatu dari poketnya lalu menghulurkan kepada Raja Hendri.

"Uncle kenal tak siapa dieorang ni?" soal Rossa. Raja Hendri melihat gambar yang di beri Rossa.

"Ini... Dari mana Bella dapat?" soal Raja Hendri pula.

"Semalam Bella nak cari maklumat dari fail yang Uncle bagi haritu. Masa Bella tengah selak selak tiba tiba ada gambar tu." jawab Rossa.

"Kenapa? Uncle kenal ke?" soal Rossa.

Raja Hendri mengeluh.

"Gambar ni semasa ayahanda dan Uncle masih bersekolah lagi. Ini ayahanda dan ini pula Uncle." kata Raja Hendri lalu menunjuk Herry dan dirinya kepada Rossa.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now