Bab 85

9.3K 503 25
                                    

Mana kau pergi Gabriella? Kenapa kau suka seksa aku macam ni? Aku rindu dekat kau sangat sangat. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni. Aku jadi tak tentu arah sebabkan kau tahu tak. Rossa Elrica. Gadis tu aku selalu anggap dia tu kau dan seseorang yang pernah jadi kawan masa kecik aku. Kenapa benda ni boleh jadi dalam satu masa? Aku perlukan jawapan. Aku dah tak tahan dengan semua benda ni. Argh! Semua sebabkan kau hati aku rasa kosong. Sangat kosong! Aku benci rasa kosong! Benci!

"Alvin."

aku menoleh.

Eric rupanya. Kemudian aku memandang semula pemandangan di depan aku. Eric mengambil tempat di sebelah aku.

"Sejak dari petang lagi kau duduk kat rooftop ni. Kau tak lapar?"

"Tak."

"Makin lama aku tengok kau makin kurang berisi. Kau masih fikirkan Gabriella ke?" soal Eric lagi.

"Menipu kalau aku kata tak." jawab Aku jujur.

"Aku nak kau teman Rossa pergi ke dunia Swirtens."

Aku memandang Eric dengan dahi berkerut.

"Untuk?"

"Dia perlu cari seseorang dekat sana. Kalau kau tak pergi, kau takkan dapat cari jawapan yang kau nak. Aku tak halang kau kalau kau tak nak pergi. Tapi ingat Alvin. Jawapan yang kau nak ada di dunia Swirtens. Aku dah tak nak tengok kau terseksa macam ni. Aku pun tak nak berahsia dengan kau lama lama. Aku harap kau pergi." kata Eric.

"Apa maksud kau?" soal Aku hairan.

Eric bangun dari duduknya.

"Kalau nak tau, lebih baik pergi. Aku masuk dalam dulu. Jangan ada kat sini lama lama. Nanti kau sakit." katanya sebelum pergi.

Aku hanya memandang sepi sahaja permergiannya.

Aku tersenyum. Mungkin dari situ aku akan tahu siapa dia yang sebenarnya.

Keesokan paginya. Seperti biasa Marsha, Clara, Kevin dan Benny akan pergi ke sekolah. Sebelum mereka ke sekolah, mereka sempat berjumpa dengan Rossa. Mereka rasa sangat gembira melihatnya masih hidup.

"Rossa, kiteorang pergi sekolah dulu tau. Hati hati nanti dekat dunia Swirtens." kata Benny sebelum pergi.

Rossa hanya mengangguk dan tersenyum saja.

Selepas sahaja mereka pergi, muncul pula Alvin. Dia mengambil tempat di depan Rossa manakala di sebelahnya pula Josh. Edward dan Eric pula duduk di kiri dan kanan Rossa.

"Kau nak teman Rossa ke Alvin?" Soal Eric.

Alvin memandang Eric.

"Aku takkan ada dekat sini kalau tak nak teman." jawabnya datar.

Eric tersenyum.

"Jadi, bila Rossa nak pergi?" Soal Eric.
"Kalau boleh sekarang. Lagi pun Rossa tak boleh lama lama sangat kat dunia sana nanti. Cukup lah dalam satu atau dua hari." jawab Rossa.

"Korang bertiga ada masalah tak?" soal Eric.

"Kiteorang okayh je kalau nak pergi sekarang." jawab Josh.

"Kalau macam tu jom lah."

Mereka berempat sudah sampai ke dunia Swirtens. Sekarang mereka berada di halaman belakang rumah yang di beli oleh Eric dulu.

"Wow. Bukan main besar rumah ni." puji Edward matanya masih lagi melihat sekeliling rumah banglo itu.

"Jom masuk." kata Josh.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now