Bab 36

9K 524 4
                                    

"Terima kasih hantarkan aku." kata Yora kepada Josh.

Josh memandang ke arah Yora lama.

"A...pa? Kenapa pandang aku macam tu?" soal Yora sedikit gugup.

Yelah mana taknya kalau Josh pandang dia lama.

"Pergilah masuk. Nanti ayahanda dan bonda kau cari."

Yora mengangguk lalu mula melangkah masuk ke dalam istana. Sebelum dia menutup pintu istana Yora melihat Josh.

Josh melambai sambil tersenyum manis. Yora tercengang. Kali pertama dia tengok senyuman Josh. Hatinya mula berdebar debar. Josh masuk semula dalam keretanya lalu meluncur pergi.

"Aku...mimpi ke?" soal Yora diri sendiri.

"Ehem!" Yora tersentak lalu memusingkan badannya.

"Eh. Ayahanda. Tak tidur lagi?" soal Yora.

"Belum. Ayahanda tunggu kamu balik. Ni dah kenapa tercegat dekat pintu? Tak reti nak masuk?" soal Raja Norish.

"Nak masuklah ni. Bonda mana?"

"Bonda kamu ada dalam bilik."

Yora terangguk angguk.

"Okayh lah. Yora nak masuk bilik bye!" katanya lalu pergi.

Raja Norish menggeleng kepala melihat sikap anaknya.

Sinaran matahari mula menyinari ruangan bilik Gabriella sehingga membuatnya terbangun dari tidur. Dia turun dari katilnya lalu pergi ke cermin.

"Serabainya." katanya apabila dia melihat dirinya di cermin.

Gabriella menarik sedikit bajunya untuk melihat lukanya namun tiada satu pun luka di bahunya mahupun parut. Gabriella menutup bahunya semula. Kemudian dia mengambil tuala lalu masuk ke dalam bilik mandi. Selesai sahaja mandi, Gabriella menyarungkan pakaian di badannya kemudian dia keluar dari biliknya.

"Eh? Princess dah bangun." kata Maria apabila dia melihat Gabriella menuruni anak tangga.

Gabriella tersenyum.

"Dieorang sekolah ke Maria?" Maria mengangguk.

"Uncle mana? Eric? Kak Jess?" soal Gabriella sambil tersengih.

"Raja, Prince Eric dengan Princess Jessica pagi pagi lagi sudah keluar."

"Dieorang pergi mana?"

"Maaf Princess. Saya tak tahu."

Gabriella mengeluh.

"Ouh tak apalah. Kalau macam tu saya masuk bilik balik je lah."

Gabriella memusingkan badannya lalu naik semula ke biliknya. Namun langkahnya terhenti apabila namanya di panggil oleh Maria.

"Princess." Gabriella menoleh.

"Apa kata Princess ikut saya."

"Pergi mana?"

"Taman bunga. Itu pun kalau Princess nak. Saya ajak sebab saya tahu Princess bosan. Tak habis habis terperap dekat bilik je. Macam mana?"

"Nak! Nak! Nak ikut!" jerit Gabriella seronok.

Maria tersenyum melihat Gabriella gembira.

"Kalau macam tu mari." kata Maria.

Gabriella menuruni semula anak tangga lalu mengikuti Maria pergi ke taman bunga.

"Wah. Cantiknya." puji Gabriella apabila dia sampai di taman bunga.

Dia mula berjalan di setiap tempat sambil menyentuh setiap bunga yang berada di situ.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now