Bab 75

8.7K 530 33
                                    

Rossa sudah berada di ruang tamu menunggu kehadiran orang kepercayaannya.

Di ruang tamu juga turut ada mereka semua termasuk Alvin sekali.
Sedang khusyuk berbual, seorang pengawal datang menghampiri.

"Maaf menganggu." kata pengawal sambil menunduk hormat.

"Lelaki bernama Afendo ingin berjumpa dengan Puteri Rossa." sambungnya.

"Suruh mereka masuk." kata Rossa.

Pengawal itu mengangguk lalu beredar.

Muncul dua orang lelaki dan seorang gadis. Permaisuri Maria terbangun dari duduknya apabila melihat gadis itu. Gadis yang selama ini di rindukan berada di depannya. Air matanya bergenang di tubir mata. Kevin juga turut bangun dari duduknya.

"Marsha." kata Permaisuri Maria.

Marsha hanya diam dan membisu sahaja.

"Marsha, mari sini peluk ibu. Ibu rindu Marsha." kata Permaisuri Maria lagi.

Marsha masih lagi tidak berkutik. Dia menundukkan kepalanya. Tak mampu memandang orang di depannya lagi lagi ibu yang dia rindukan.

"Marsha." kali ini Rossa bersuara.

Marsha memandang ke arah Rossa.

Rossa menganggukkan kepalanya bila Marsha memandangnya. Marsha memandang ibunya pula dengan rasa bersalah dan dia terus sahaja memeluk ibunya.

"I...bu.." kata Marsha dengan teresak esak.

Permaisuri Maria mengusap belakang badan anaknya. Dia juga turut menangis.

"Ma..afkan...Asha.." kata Marsha lagi.

"Ibu dah maafkan kamu lama." kata permaisuri Maria lalu melepaskan pelukannya.

Pipi anaknya di sentuh. Permaisuri Maria tersenyum.

"Anak ibu kurang berisi. Mesti Asha menderitakan?" soal Ibunya.

Marsha menganggukkan kepalanya.

"Makanan kat sana tak sedap." kata Marsha dengan nada bergurau.

Air matanya diusap. Mereka yang lain mendengar kata kata Marsha, ketawa.
"Sempat lagi buat lawak." kata Rossa perlahan.

Marsha hanya menayang sengihan saja apabila Rossa bersuara.

"Tak rindu kesayangan ke?" soal Benny pula.

Marsha pandang ke arah Kevin.

"Er. Korang pergi borak berdua dulu. Mesti banyak benda yang korang nak bincang kan?" soal Rossa pula.

"Tapi, Puteri.."

"Jangan risau Marsha. Dieorang takkan cari awak hari ni. Sekarang ni awak betulkan hubungan awak dengan Kevin." potong Rossa.

Marsha menganggukkan kepalanya.

"Kita cakap kat luar." kata Kevin dengan riak kosong.

Kemudian mereka berdua keluar dari istana.

"Leo, Afendo sila duduk." kata Rossa setelah Kevin dan Marsha pergi.

Mereka berdua mengangguk lalu duduk di sofa.

"Macam mana Afendo? Berjalan dengan lancar?" soal Rossa.

Afendo menganggukkan kepalanya.

"Leo, buat masa ni kamu duduk dekat sini. Kamu tak kisah kan?"

"Saya tak kisah." kata Leo.

"Puteri, boleh percaya ke dia ni?" soal Benny sinis.

"Ben, jangan risau. Saya kenal dia. Dia berpihak dengan kita."

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now