Bab 92

8.9K 521 46
                                    

Mata Rossa tidak berkelip memandang Williane. Kemudian Rossa ketawa.

"Auntie jangan merepek la. Ayahanda dan bonda dah lama tak ada." kata Rossa sambil berpura pura ketawa.

Padahal dalam hati bedebar debar.

"Saya tak merepek. Saya cakap betul. Bonda dan ayahanda kamu masih hidup."

Terus sahaja berubah riak muka Rossa.

"Apa maksud Auntie?"

"Auntie tahu dulu bonda dan ayahanda kamu kemalangan dan kalau di lihat pada waktu itu, mayatnya tiada. Hanya ada mayat adik angkat kamu saja."

"Habis tu? Kemana mereka?"

"Kemalangan tersebut sebenarnya di sengajakan. Ada seseorang yang cuba ingin mencelakakan keluarga kamu. Tubuh badan mereka telah di bawa lari oleh seseorang. Auntie tak tahu siapa tapi Auntie yakin ada orang telah mengambil mereka berdua." jelas Williane

Mata Rossa sudah berkaca kaca. Williane mengeluarkan sekeping gambar dari poketnya lalu di hulur ke Rossa. Dengan perlahan lahan Rossa mengambilnya. Gambar itu di lihat. Mengalir terus air mata Rossa.

"Bonda...ayahanda.."

"Ada seseorang telah menghantar gambar ni kepada saya. Apa yang saya lihat dari gambar tersebut, mereka sebenarnya masih hidup cuma mereka berdua tidak sedarkan diri." kata Williane.

Rossa menangis tersedu sedu. Terasa sebak apabila melihat bonda dan ayahandanya tersiksa. Dalam gambar tersebut menunjukkan bonda dan ayahandanya terbaring di dalam sebuah kaca dengan mata tertutup. Pakaian yang mereka pakai semuanya serba putih. Rossa yang tidak tahan sedihnya membuatnya jatuh terduduk. Gambar yang di pegangnya di genggam erat. Williane melihat kesedihan Rossa terus sahaja memeluk gadis tersebut.

"Auntie tak bermaksud ingin membuat kamu sedih tapi Auntie tak boleh simpan perkara ni lama lama. Kamu kena kuat. Auntie yakin yang kamu akan berjumpa dengan mereka." kata Williane sambil mengusap belakang badan Rossa.

Rossa hanya mampu menangis sahaja. Dia sangat rindu kepada bonda dan ayahandanya. Rossa merasa gembira apabila mengetahui yang keluarganya masih hidup.

Rossa melepaskan pelukan Williane. Air matanya di lap.

"Ja...ngan..bagi...ta..hu...se...siapa." kata Rossa tersedu sedu.

Williane hanya menganggukkan kepalanya. Air mata gadis itu di lap sekali lagi.

"Auntie takkan beritahu siapa siapa. Jom bangun. Mereka semua sudah tunggu kamu lama."

Williane membantu Rossa bangun. Kemudian mereka masuk ke dalam. Sebelum sampai ke ruang tamu, Rossa meminta izin ke tandas untuk mencuci mukanya yang sembab.

"Mana Bella?" soal Dirga.

"Dia ada kat tandas." jawab Williane lalu duduk di sebelah Dirga.

Tak lama kemudian Rossa muncul. Mereka semua memandang Rossa hairan kecuali Dirga dan Williane.

"Bella, kenapa mata kau sembab?" soal Marsha setelah Rossa melabuhkan punggungnya.

"Haah la. Ada yang tak kena ke?" soal Edward.

Rossa menggelengkan kepalanya. Senyuman paksa di tayang.

"Bagi dia masa. Auntie rasa lebih baik kamu bawa Bella balik. Dia tak bermaya tu. Bagi dia tenangkan fikiran. Nanti bila dia dah tenang dia akan cerita perkara sebenar kepada kamu semua." kata Williane.

"Baiklah."

Alvin sedang berlatih mengawal kuasanya bersama Diana di belakang rumah. Pelbagai cara telah Diana ajar kepada Alvin untuk mengawal kuasa kegelapannya namun tiada hasil pun.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now