Bab 66

8.7K 488 3
                                    

"Tak sangka cadangan kamu di terima. Bukan senang nak buat mereka setuju." kata Raja Hendri.

Gabriella tersenyum.

"Mestilah. Tak ada siapa pun yang boleh tolak cadangan Bella."

Alvin yang berada di sebelah Gabriella menjulingkan matanya ke atas.

"Uncle bangga dengan Bella. Tapi, Bella nak ikut pergi ke kerajaan Ruen jugak ke?" soal Raja Hendri.

"Mestilah! Bella yang bagi cadangan kena lah pergi." kata Gabriella semangat.

"Uncle risaulah. Kalau Bella dalam bahaya macam mana? Bella duduk dekat istana Crown je lah."

dengar sahaja Raja Hendri kata seperti itu terus sahaja Gabriella monyok.

"Uncle jangan risau. Saya yang akan jaga dia." sampuk Alvin.

"Betul ni?" soal Raja Hendri.

Gabriella terus sahaja mengangguk dengan laju.

"Baiklah kalau macam tu. Uncle benarkan kamu pergi. Tapi dengan satu syarat."

"Apa dia?" soal Gabriella.

"Pastikan kamu sentiasa dengan Alvin. Kalau uncle dapat tahu kamu bersendirian, uncle akan terus hantar kamu balik."

"Baiklah bos!" kata Gabriella lalu membuat tabit.

"Perhatian semua. Hari ini kita akan mengadakan perlawanan. Ahli biasa dan tahap sederhana sahaja yang boleh mengikuti perlawanan ini. Kepada ahli tahap tinggi pula, hari ini kamu akan menjadi penonton sahaja."

pelajar di dalam dewan mula membuat bising.

"Tolong berikan kerjasama. Siapa yang ingin berlawan, kamu semua boleh pergi ke meja bahagian depan ini. Tulis nama kamu dan juga lawan kamu." kata cikgu Lily sambil menunjuk ke arah meja yang ada di depannya.

Pelajar tahap biasa dan sederhana mula berkerumun di meja yang berada di hadapan.

"Marsha. Kau tak nak ikut ke?" soal Yora.

Marsha memandang ke arah Yora.

"Kenapa? Kau nak lawan dengan aku ke?" soal Marsha pula.

"Tak nak lah. Aku malas hari ni. Kalau ada Bella boleh lah aku lawan dengan dia."

Marsha tersengih.

"Kau malas ke atau kau takut kalah?"

"Mana ada! Aku bukan takut kalah. Aku cuma bosan je. Tak habis habis lawan dengan kau."

"Yelah tu."

Yora membuat muka lalu dia pergi meninggalkan Marsha sendirian. Marsha yang melihat Yora pergi hanya menggelengkan kepalanya saja.

"Baiklah. Penyertaan telah di tutup. Cikgu akan mula memanggil nama yang pertama. Tapi, sebelum itu saya mahu kamu semua naik ke atas. Nama yang di panggil sahaja yang berada di bawah." kata cikgu Lily.

Pelajar pelajar mula bergerak naik ke atas lalu mengambil tempat duduk masing masing.

"Perlawanan pertama, Sherine Madison dari kelas Matahari berlawan dengan Marsha Quin dari kelas Anggrik."

belum sempat Marsha melabuhkan punggungnya di kerusi terus sahaja dia berdiri semula dengan muka terkejutnya. Yora yang berada di sebelahnya juga turut terkejut.

"Marsha kau..."

Marsha terus sahaja menggelengkan kepalanya apabila Yora tidak menghabiskan ayatnya.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now