Bab 53

8.7K 511 7
                                    

"Korang berdua pergilah sekolah. Jangan lupa suruh Alvin pergi. Sempat lagi ni." kata Eric kepada Benny dan Josh.

"Aku rasa dia takkan pergi sekolah." kata Josh.

"Kenapa pulak?" soal Eric.

"Alah. Takkan kau tak paham lagi? Dia risau pasal Gabriella lah." kata Benny pula.

"Cakap kat dia, pergi jugak. Bella dah ada yang jaga. Jangan risau. Lagi pun aku ada dekat sini."

"Okayh."

"Eh lagi satu. Nanti cakap dekat Mrs Qis yang Marsha, Kevin dengan Gabriella tak datang sebab ada masalah sikit."

mereka berdua mengangguk kepala.

"Dah. Pergi siap cepat. Nanti korang lambat pulak." kata Eric lagi.

Mereka berdua mengangguk sekali lagi lalu mereka pergi bersiap.

"Macam mana doktor keadaan ibu saya?" soal Kevin setelah doktor keluar dari bilik pesakit.

"Pesakit mengalami pengurangan darah. Tapi kamu berdua jangan risau, jenis darah pesakit kami masih ada lagi dan saya dah salurkan darah kedalam badannya. Jadi kamu jangan risau. Kita hanya perlu tunggu dia sedar sahaja." kata doktor itu panjang lebar.

"Baiklah. Kalau macam tu kami boleh masuk?" soal Kevin.

Doktor itu mengangguk sambil tersenyum.

"Terima kasih doktor."

"Sama sama. Kalau macam tu saya pergi dulu."

Kevin menganggukkan kepalanya. Doktor itu mula melangkah pergi.

"Marsha jom."

"Apa maksud awak? Pasangan hidup? Apa ni? Jangan main main." kata Gabriella dengan muka terkejutnya.

"Betullah. Saya tak main main. Saya sebenarnya dah lama tahu yang Benny pasangan saya. Cuma saya je yang tak nak tunjukkan diri. Eh. Bukan tak nak tapi tak boleh. Awak tahu sendirikan saya ni pari pari." kata Clara lalu dia mengeluh.

"Dah. Yang penting sekarang korang dah jumpa. Awak jangan risau. Saya akan bincang dengan dieorang termasuk semua pekerja dekat sini."

"Bella nak bagitahu siapa saya sebenarnya ke?"

Gabriella ketawa mendengar soalan Clara.

"Awak ni gila ke? Kalau saya bagitahu siapa awak sebenarnya, mati lah saya. Nanti semua orang tahu yang saya ni Angel."

Clara tersengih.

"Hee.. Maaf lupa pulak."

"Saya nak rehat kejap. Awak jangan pergi mana mana pulak. Kalau awak nak tidur, tidur dekat sebelah saya je. Okayh?"

"Baik Tuan Puteri." kata Clara sambil tabit.

Gabriella hanya menggelengkan kepalanya lalu dia baring dan tidur.

"Alvin." panggil Benny lalu membuka pintu bilik Alvin.

"Kau nak apa?" soal Alvin yang sedang memakai tie sekolahnya.

Benny tersengih.

"Kau dah siap rupanya. Fikirkan belum siap."

"Kenapa? Kau ingat aku tak pergi sekolah macam tu? Dah lah. Kau pergi siap sana. Aku pergi dulu."

Alvin mengambil begnya di kerusi lalu keluar dari biliknya.

"Eh! Tak nak gerak sama sama ke?" jerit Benny.

Namun Alvin tidak menjawab soalannya dan dia terus melangkah pergi.

"Tak guna." gumam Benny.

Jam menunjuk tepat pukul 5 petang. Gabriella terbangun dari tidurnya sambil mengeliat sana sini. Kemudian dia melihat di seluruh biliknya.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now