Bab 12

10.9K 619 10
                                    

"Apa? Angel's forest?"

Gabriella terkejut mendengar nama tempat itu. Alvin mengangguk.

"Angel's forest tu tempat tinggal para Angle sahaja. Tak ada satu pun yang boleh masuk. Kecuali.."

Alvin tidak menyambung ayatnya dia malah mendiamkan dirinya.

"Kecuali?  Kecuali apa?" soal Gabriella dengan perasaan yang ingin tahu.

"Kecuali orang yang berdarah Angel saja."

"Ouh. Tapi macam mana nak tau dia berdarah Angel dan Angel ni rupa dia macam mana?"

"Rambut. Rambut dia mesti warna dark red brown tapi ada sedikit warna caramel. Lepastu kulit putih pucat dan anak mata dia mesti warna kelabu. Rupa dia pulak sama macam kita. Dia serupa macam manusia. Macam aku bagi tau kau dia dengan kita cuma beza warna rambut, kulit dan anak mata saja."

Alvin sudah letih menjawab soalan Gabriella. Tekaknya mula terasa sakit sebab kering. Gabriella yang ingin menyambung soalannya terbantut apabila Alvin menutup mulut Gabriella dengan tangannya.

"Sebelum kau nak tanya lagi better kita makan dulu. Perut aku dah lapar dan tekak aku dah kering. Okayh?" kata Alvin lalu melepaskan tangannya dari mulut Gabriella.

Gabriella pula tersengih sengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Tapi, kat sini tak ada makanan pun?  Lagi pun kita tak bawak makanan kan? Macam mana nak makan?"

Alvin sudah tersenyum penuh makna. Alvin mengeluarkan telefonnya lalu menelefon seseorang.

"Hantar makan dekat tempat fav aku." kata Alvin di telefon lalu mematikannya.

Gabriella pula mula berkerut dahi. Tiba tiba muncul Benny sambil membawa makanan.

"Benny? Macam mana boleh ada dekat sini?" soal Gabriella.

Benny hanya tersengih sengih sahaja. Benny meletakkan makanan di sebelah Alvin lalu menghilang begitu sahaja. Gabriella yang melihat Benny hilang mula tercengang.

"Tu kuasa dia. Kuasa teleport." kata Alvin sambil membuka bekal makanan yang di hantar Benny.

"Serious?! Wah! Hebatnya." kata Gabriella teruja.

"Dah. Makan. Lepas tu kita balik." kata Alvin sambil memasukkan makanannya dalam mulut.

"Alah. Kenapa nak balik. Aku belum habis tanya lagi."

Gabriella membuat muka.

"Yelah. Lepas kau habis tanya kita balik. Ok."

Gabriella tersenyum semula lalu mengambil dan makan makanannya. Selesai sahaja makan mereka mengemas bekas bekas makanan itu lalu meletakkan di tepi.

"Hah. Cepatlah. Tadi nak sangat tanya." kata Alvin.

Ish Mamat ni tak reti sabar ke apa. Dah lah makan tak kemas. Selesai sahaja Gabriella kemas dia terus ke arah Alvin.

"Sabar lah. Aku tadi tengah kemas." kata Gabriella lalu duduk di sebelah Alvin yang menghadap ke arah pemandangan.

"Okayh sambung. Jadi mana sekarang ahli Angel? Aku tengok semua rambut warna coklat je."

"Dieorang tak ada. Dah musnah."

"Musnah? Macam mana boleh musnah pulak?"

"Salah satu dari ahli Angel ada yang jadi penkhianat. Dia bawak musuh ke dalam negara ni dan juga Angel's forest. Sebab tu dieorang musnah bukan tu je negara ni pun ikut musnah."

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now