Bab 63

7.6K 498 30
                                    

Sudah seminggu Gabriella bersama Leo. Kemana mana Leo selalu menemani Gabriella dan Leo juga turut selalu membantu Gabriella mengemas perpustakaan. Dan sudah seminggu dia tidak melihat Alvin. Dalam hatinya mula rasa rindu. Rindu dengan sikap jahilnya. Di istana juga dia jarang berjumpa dengan Alvin. Hari ini adalah hari cuti. Gabriella dari pagi hanya terperap sahaja di biliknya. Sehingga membuatkan Jessica, Clara, Marsha dan Maria risau. Ohya. Maria sudah keluar tiga hari lepas. Keadaannya juga sudah membaik.

Tok. Tok. Tok.

"Masuk."

muncul Clara dan Marsha. Mereka menutup semula pintu lalu menuju ke arah Gabriella yang sedang duduk di ruang berandar.

"Kau tengah buat apa Bella?" soal Marsha.

Gabriella memandang ke arah sahabatnya.

"Tak buat apa apa pun."

"Boleh kiteorang cakap sikit?" soal Marsha lalu mereka berdua duduk di hadapan Gabriella.

"Apa dia?"

"Sejak akhir akhir ni kau selalu terperap dalam bilik. Kau ada masalah ke? Ceritalah dekat kiteorang."

Gabriella tersenyum.

"Tak ada apalah. Aku cuma nak masa bersendirian je."

"Tak payah nak tipu. Ke ada kaitan dengan Alvin? Mesti korang gaduh kan?" teka Marsha.

"Mana adalah."

"Heh. Yelah tu."

"Bella, kalau awak ada masalah awak tak boleh pendam. Nanti kalau awak pendam sorang sorang awak akan mati rasa tau." kata Clara pula.

Marsha mengangguk setuju.

"Kiteorang ni sahabat kau tahu tak. Takkan kau pendam sorang sorang. Kongsi lah dengan kiteorang. Mana lah tahu kiteorang boleh tolong ke." kata Marsha pula.

Gabriella masih lagi mendiamkan dirinya. Di biarkan sahaja mereka bercakap.

"Kau nak tahu tak. Alvin kan sejak akhir akhir ni asyik menghilang je. Kalau dekat sekolah, dalam kelas dia selalu tidur, masa rehat pulak dia tak makan. Dia cuma termenung je. Lepas tu kalau balik sekolah dah tak pernah nak balik sama sama. Sekarang ni pulak, pagi pagi lagi dah keluar lepas tu nanti balik mesti tengah malam." kata Marsha panjang lebar.

Gabriella terkejut dengan perubahan Alvin. Setahunya Alvin tidak pernah bersikap seperti itu.

"Kenapa dia boleh jadi macam tu?" soal Gabriella ingin tahu.

"Kata Kevin, sejak Leo masuk tahap tinggi dia dah berubah sikap."

Gabriella terdiam sejenak.

"Aku nak tanya korang sesuatu boleh?"

mereka dua mengangguk kepala.

"Kalau kita suka seseorang walaupun dia bukan milik kita, apa yang korang buat?"

mereka terdiam seketika. Lalu Clara bersuara.

"Kalau saya, saya akan meluangkan masa bersamanya sehingga dia menjadi milik orang lain. Walaupun itu membuat diri kita tersiksa, setidaknya kita punya kenangan manis bersamanya." kata Clara.

Marsha mengangguk setuju.

"Betul tu. Aku sokong. Selagi dia tak menjadi milik orang lain, selagi itu kita boleh cipta kenangan manis bersamanya." kata Marsha pula.

Gabriella yang mendengar terangguk angguk.

"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Marsha.

Tiba tiba Gabriella tersengih.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now