Bab 73

8.5K 505 17
                                    

Gadis itu membuka penutup kepala dan masknya setelah Raja Hendri mengenalinya kepada mereka. Mereka semua terkejut melihat gadis itu. Dia memang lain dari yang lain. Rambutnya panjang dan mempunya tiga ton warna. Dark red ,unggu dan sedikit warna hitam. Kulitnya putih melepak. Anak matanya berwarna hitam, hidung yang mancung, bibir berwarna merah jambu dan sangat kelihatan cantik. Lelaki yang tidak mengenalinya pun boleh terpikat.

"Tak... Mungkin." kata Clara perlahan.

"Jangan kata dia..."

Benny tidak menghabiskan ayatnya. Dia seolah olah mengenali gadis itu.

"Selamat berkenalan." kata Rossa.

Mereka semua menunduk hormat kepada gadis yang bernama Rossa itu.

"Jemput duduk Puteri." pelawa Permaisuri Maria.

Rossa mengangguk lalu duduk di meja makan itu. Semua yang berada di situ juga turut duduk.

"Di mana Prince Alvin?" soal Raja Hendri apabila tidak melihat kelibat Alvin.

"Maafkan saya. Prince Alvin lambat sedikit turun." kata Eric.

"Baiklah. Jemput makan Puteri. Jemput makan semua." kata Raja Hendri.

Mereka semua mula menjamu selera dengan senyap. Tiada satu suara pun di keluarkan.

Selesai sahaja makan malam, Rossa Elrica keluar bersiar siar bersama orang kepercayaannya. Sedang dia bersiar siar, mereka terserempak dengan Clara yang sedang berjalan ke arahnya. Sampai sahaja di depan Rossa Elrica, Clara menunduk hormat.

"Maaf menganggu Puteri. Bolehkah kita berbincang sebentar?" soal Clara.
Rossa tersenyum lalu mengangguk.

"Romeo, Mark kamu berdua boleh pergi." kata Rossa.

Namun di halang Clara.

"Tak perlu. Saya juga perlukan mereka untuk menjelaskan beberapa perkara." kata Clara.

"Jadi, kita ingin membincangkan di mana?" soal Mark.

"Bincang di bilik saya saja." jawab Rossa.

Mereka mengangguk setuju lalu menuju ke bilik Rossa.

"Jadi, apa yang ingin di bicarakan?" soal Rossa setelah sampai di biliknya dan melabuhkan punggung di sofa.

Mereka bertiga juga turut duduk.

"Saya nak soal tentang perubahan Puteri..."

Rossa memotong percakapan Clara.

"Panggil biasa saja. Walaupun dah berubah, Bella tetap sama macam dulu. Kalau depan orang ramai je panggil Puteri Rossa."

Clara menganggukkan kepalanya.

"Sambung." kata Rossa.

"Perubahan Bella sangat mengejutkan." kata Clara.

Rossa berkerut dahi.

"Kenapa?"

"Romeo, awak tak bagitahu Bella ke?" soal Clara kepada Romeo.

"Belum. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Sebab dalam kitab ni tak ada pun tentang perubahan macam Bella."

Mark yang berada di sebelah Romeo mengangguk setuju.

"Kenapa ni? Bella tak paham lah."

"Macam ni, perubahan Bella adalah perubahan yang orang lain tiada. Hanya Bella sahaja yang mempunyai perubahan seperti ini. Contohnya rambut. Seharusnya kalau seorang Angel hanya berwarna satu ton atau dua sahaja. Kedua, ketua Angel tak pernah lagi berambut warna unggu. Selalunya ketua Angel akan berwarna yang Clara dah beritahu pada tahun lalu. Last, warna anak mata Bella tak berubah. Tetap warna hitam. Sepatutnya warna biru laut." terang Clara.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now