Bab 56

8K 513 2
                                    

Mereka semua sudah bersiap siap ingin pergi ke hospital melawat Maria. Semasa ingin masuk ke dalam perut kereta, Marsha membawa Gabriella masuk ke dalam kereta Kevin. Alvin yang melihat Gabriella masuk ke dalam kereta Kevin terus melangkah pergi ke kereta Kevin tetapi semasa Alvin menuju ke kereta Kevin, Benny menghalang jalan Alvin.

"Ish! Tepi lah!" marah Alvin.

"Eh kau ni nak pergi mana? Orang lain dah nak gerak ni. Kang tak pasal pasal kena tinggal." bebel Benny.

"Aku nak pergi dekat kereta Kevin lah."

"Ah tak payah. Kereta Kevin dah penuh. Kau naik kereta Eric je. Jom."

belum sempat Alvin ingin membantah, Benny sudah menariknya masuk ke dalam kereta Eric. Kereta Kevin telah pergi dahulu. Manakala yang lain masih lagi berada di istana.

"Kevin. Boleh tak kau berhenti dekat mana mana dulu. Atau pun kau berhenti dekat taman kejap." kata Gabriella yang berada di tempat duduk belakang.

"Kenapa?" soal Kevin hairan.

"Aku ada benda nak cakap kejap. Kalau aku cakap masa kau memandu nanti boleh kemalangan pulak. Sebab benda yang aku nak cakap ni boleh buat kau terkejut."

"Hah yelah. Kita berhenti dekat taman jelah." kata Kevin.

Lalu mereka berempat berhenti di taman.

"Ada benda apa kau nak cakap Gabriella?" soal Marsha.

Clara yang berada di sebelah Gabriella hanya diam sahaja.

"Aku nak bagitahu benda penting dekat korang berdua."

Marsha dengan Kevin memandang satu sama lain. Kemudian mereka berdua memandang ke arah Gabriella semula.

"Aku sebenarnya nak bagitahu Marsha je. Tapi di sebabkan benda ni ada kaitan dengan Marsha kau patut tahu jugak." kata Gabriella lalu memandang Kevin.

"Okayh. Apa dia yang penting sangat?" soal Kevin pula.

"Besok pagi rambut Marsha akan berubah kepada warna sebenar iaitu warna kelabu."

"Apa?! Kelabu? Tapi kenapa?" soal Marsha terkejut.

Kevin juga turut terkejut.

"Rambut kau yang sebenarnya bukan warna coklat tapi warna kelabu. Rambut kau yang sekarang ni hanya sementara saja. Mulai besok rambut kau akan berubah."

"Yelah. Tapi kenapa? Sebab apa rambut dia berubah?" soal Kevin pula.

"Keturunan."

"Keturunan? Keturunan aku bukan manusia istimewa ke?" soal Marsha.

"Kau memang keturunan manusia istimewa. Tapi rambut kau berubah sebab keturunan ayah kau jugak."

"Ayah aku? Ayah aku keturunan manusia istimewa lah." bantah Marsha.

"Ayah kau yang sebenarnya bukan keturunan manusia istimewa tapi dia Angel. Ibu kau berkahwin dengan Angel. Dulu ayah kau adalah berambut warna kelabu. Sebab tu rambut kau akan berubah warna kelabu dan kuasa yang kau sembunyikan itu adalah kuasa ayah kau."

"Dari mana kau tahu semua ni?"

"Dari ibu kau. Dia cerita dekat aku. Dia nak bagitahu kau tapi dia takut kau tak boleh terima. Tu yang dia cakap dekat aku dulu."

"Tak terima? Apa maksud kau?"

"Ibu kau sekarang di buru oleh orang suruhan seseorang. Dia di buru sebab kau Marsha."

muka Marsha kelihatan terkejut.

"Aku? Tapi kenapa?"

"Kau tak paham lagi ke? Kuasa yang kau sembunyikan tu adalah kuasa bahaya. Bila orang atau musuh tahu kuasa kau, dieorang akan mempergunakan kau untuk kepentingan musuh. Sebab itu dieorang buru ibu kau. Dieorang tak tahu yang kau anak dia sebab warna rambut kau sekarang warna coklat. Bila dieorang nampak rambut kau warna kelabu dieorang akan tahu yang kau anak kepada Angel."

"Jadi sebab ini lah ibu selalu ingatkan aku untuk tak guna kuasa tu. Dan sebab ini lah ibu tak bagi aku ikut dia pergi mana mana? Kenapa? Kenapa ibu tak bagitahu aku awal awal? Kenapa?" kata Marsha.

Air matanya mula bertakung di tubir matanya.

"Marsha. Ibu kau buat macam ni sebab dia tak nak kau dalam bahaya, dia nak kau hidup aman. Sebab tu dia tak bagitahu kau. Mungkin dia rasa yang kau tak bersedia lagi dengan semua ni sebab tu dia tak bagitahu kau."

Marsha sudah menangis teresak esak. Kevin yang melihat Marsha menangis terus memeluknya.

"Aku tahu aku tak sepatutnya bagitahu kau sekarang sebab keadaan ibu kau, tapi aku tak boleh simpan lama lama, sebab kau akan tahu jugak tak lama lagi jadi sebab tu aku bagitahu kau." sambung Gabriella.

Marsha melepaskan pelukan Kevin lalu mengelap air matanya.

"Tak apa. Terima kasih sebab kau bagitahu. Tapi apa aku kena buat? Kau kata esok rambut aku akan berubah warna kelabu? Macam mana aku nak tutup rambut sebenar aku?"

Gabriella tersenyum.

"Yang tu jangan risau. Saya boleh ubah rambut awak jadi coklat macam saya. Tapi awak kena minum ni." kata Clara sambil memberikan botol kaca kecil.

"Apa ni?" soal Marsha sambil mengambil botol kaca itu.

"Ini adalah cecair perubahan yang jarang di jumpai. Hanya sejenis saya sahaja yang boleh membuatnya. Minum lah. Cecair tu tak rasa apa pun. Dan paling penting jangan basahkan rambut." kata Clara.

Marsha mengangguk lalu meminumnya. Kevin yang melihat Marsha minum terasa ingin muntah. Selesai sahaja Marsha minum, Clara mengambil semula botol kaca itu lalu menyimpannya.

"Jadi, kenapa dengan aku pulak?" soal Kevin.

"Kau dah tahu dia siapa kan?" Kevin mengangguk.

"Tugas kau jaga Marsha. Kau kena sentiasa dengan dia. Jangan tinggalkan dia sorang sorang. Paham?"

"Paham. Tapi siapa je yang tahu perkara ni?"

"Kita berempat je." Kevin mengangguk kepala.

"Ingat Kevin. Ni rahsia kita berempat je. Kalau kau bagitahu orang lain, aku kerat kepala kau." ugut Gabriella.

Kevin tersengih.

"Baik bos!"

Sampai sahaja di hospital, mereka berempat mula pergi ke bilik no. 22 tempat Maria di rawat.

"Hah baru sampai? Setahu aku tadi korang gerak dulu kan? Korang pergi mana hah?" soal Alvin setelah mereka berempat masuk.

Kevin hanya mampu tersengih sahaja. Manakala Gabriella tidak melayan soalan Alvin. Dia terus sahaja pergi ke arah Maria dengan bantuan Clara.

"Auntie apa khabar?" soal Gabriella.

Maria tersenyum.

"Jangan panggil saya Auntir. Panggil je saya Maria. Saya baik je." kata Maria dengan suara yang Agak serak.

"Mana boleh. Tak sopan kalau Bella panggil Auntie dengan nama. Lagi pun Auntie kan dah jadi sebahagian keluarga Bella. Jadi Bella tak boleh panggil nama je."

"Yelah. Suka hati Bella. Saya tak kisah. Oh ya. Keadaan Bella macam mana?" soal Maria balik.

"Macam ni jelah. Cuma kaki je tak sembuh lagi. Besok lusa sembuh lah ni." kata Gabriella sambil menunjuk kakinya yang berbalut.

"Ehem! Ada orang woi." kata Alvin tak puas hati.

Gabriella memandang Alvin dengan jelingan. Lalu memandang semula ke arah Maria.

"Auntie cepat sembuh tau. Bella bosan kalau tak ada Auntie dekat rumah. Marsha pun asyik monyok je."
Maria ketawa kecil. Marsha pula sudah membuat muka toyanya.

"Yelah. Saya pun dah bosan duduk dekat hospital. Rindu pulak nak buat kerja."

"Hish. Jangan lah guna saya. Auntir kena biasakan panggil diri Auntie, Auntie okayh? Tak nak guna saya. Lepas tu nanti balik dari istana jangan guna Princess atau Prince kecuali kalau ada acara je. Dan lagi satu. Auntir tak boleh buat kerja dapur biar pekerja lain je yang buat. Kerja Auntie cuma memerhati je okayh?" bebel Gabriella.

Mereka yang mendengar Gabriella membebel ketawa lepas. Maria juga turut ketawa.

"Baiklah Princess Gabriella." kata Maria lalu tabit.

Gabriella memasang muka monyoknya apabila Maria memanggilnya Princess. Maka berlaku lah gelak ketawa di bilik rawatan itu.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now