Bab 25

9.4K 552 0
                                    

Hari ini adalah hari pertama Gabriella latihan. Walaupun dia tidak berlatih di dewan bersama ahli yang lain dia tetap bersyukur dapat berlatih bersama ahli ahli tinggi di padang. Yup. Gabriella berlatih di padang yang agak jauh dari dewan dan sekolahnya itu agar tidak berlakunya kemalangan yang tak di ingini.

"Okayh Gabriella, di sini ada 4 orang guru yang akan mengajar kamu dan 9 orang yang akan menjadi lawan kamu." kata Mrs. Qis.

"Sembilan? Bukan sepatutnya sepuluh ke?" soal Gabriella.

"Ye. Memang sepuluh tapi salah satu dari ahli tahap tinggi tidak turut serta kerana dia perlu mengajar pasangannya yang bertahap sederhana." jawab Mrs.Qis.

"Kevin ke?"

Mrs Qis mengangguk. Mesti dia ajar Marsha.

"Gabriella, ini cikgu Lily, cikgu Falian, cikgu Goro dan mesti kamu dah kenal kan cikgu yang ni?"

"Yup.Cikgu Ken." jawab Gabriella.

Muka Gabriella agak sedikit pucat apabila melihat cikgu Goro. Cikgu ni lah yang kat dewan hari tu. Hish. Seram sejuk pulak aku tengok.

"Okayh kamu boleh mula latihan bersama mereka. Cikgu Lily saya pergi dulu. Gabriella semoga berjaya."

Gabriella hanya tersenyum kelat sahaja.

Setelah bayang Mrs. Qis hilang cikgu Lily pula bersuara.

"Kita akan mulakan belajar unsur asas dulu iaitu air, api,angin. Air kamu akan belajar dengan saya. Unsur api pula kamu akan belajar dengan cikgu Ken manakala angin dengan cikgu Falian. Selepas sahaja kamu dapat mengawal tiga tiga unsur kamu akan di uji oleh cikgu Goro." terang Cikgu Lily.

Gabriella hanya mengangguk saja.

"Okayh. Yang lain boleh berundur kebelakang atau cari tempat untuk berteduh sementara saya mengajar Gabriella."

cikgu cikgu yang lain mula bergerak mencari tempat. Ahli tahap tinggi juga turut mencari tempat.

"Boleh kita mula Gabriella?" soal cikgu Lily.

"Boleh." jawab Gabriella.

Dalam hatinya mula berdebar debar.

"Saya nak awak bertenang. Kosongkan minda awak jangan fikir benda lain. Selepas kamu sudah bertenang, angkat tangan kanan kamu ke depan dan lihat tapak tangan kamu."

Gabriella mula melakukan apa yang di kata oleh cikgu Lily.

"Focus pada tapak tangan kamu, bayangkan ada bebola air yang sedang terapung di tangan kamu." sabungnya lagi.

Gabriella pun membayangkannya. Dalam beberapa saat muncul bebola air di tangannya makin lama bebola itu makin besar.

"Bertenang Gabriella! Cuba kawal bebola itu dari pada terus membesar!" jerit cikgu Lily dari jauh.

Gabriella cuba untuk bertenang tapi tetap juga bebola itu makin membesar.

"Puteri Gabriella.."

"Puteri Gabriella.. "

Gabriella cuba mencari sumber suara itu di sekelilingnya tapi tiada sesiapa pun yang dia jumpa.

"Puteri Gabriella.. Ini saya Clara.. Fokus.. Cuba bertenang.. Dengarkan sahaja apa yang saya cakap. Puteri hanya perlu berkomunikasi dengan unsur air supaya unsur tersebut tidak membesar."

Gabriella baru mengetahui sumber suara itu dari mana. Ia dari si pari pari itu. Dia mungkin mempunyai kuasa seperti Marsha.

"Pejamkan mata, kosongkan minda. Bila saya kat 'buka' baru Puteri buka mata dan Puteri akan nampak apa yang orang lain tak akan nampak. Dari situ Puteri boleh berkomunikasi dengannya. Ingat Puteri, Puteri perlu membuatkan unsur air itu ingin mengikuti arahan Puteri."

Gadis Berdarah Suci (C)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora