Bab 51

8.3K 546 20
                                    

"Clara?"

Clara terus bangun dari duduknya.

"Marsha. Aku fikirkan siapa lah tadi." kata Clara.

Marsha menuju ke sofa lalu melabuhkan punggungnya. Clara juga turut melakukan perkara yang sama.

"Mana Gabriella?"

Clara hanya diam.

"Clara. Mana dia?" soal Marsha lagi.

"Saya tak tahu. Dia panggil saya tadi, bila saya dah muncul dia dah tak ada. Lepas tu saya jumpa surat dari dia."

"Surat? Surat apa?"

Clara menghulurkan surat kepada Marsha lalu Marsha mengambilnya dan membacanya.

'Jaga Marsha sampai saya balik. Elakkan daripada orang istana tahu. Saya akan cuba balik sebelum matahari terbit.'

Gabriella

"Dia pergi mana?" soal Marsha setelah membaca surat itu.

"Saya tak tahu. Saya tak dapat jejak dia." jawab Clara.

Marsha mengeluh.

"Mungkin dia cari ibu awak."

Marsha terus memandang Clara.

"Apa?"

"Sewaktu majlis hari kelahiran awak, saya ada bagitahu dia sesuatu."

"Apa dia?"

Marsha cuba untuk bersikap tenang walaupun dalam hatinya sudah rasa gelisah.

"Saya bagitahu Gabriella yang saya dapat rasa ibu awak dalam bahaya masa tu. Mungkin ibu awak tak balik lagi sebab kena buru dengan musuh." kata Clara dengan perasaan rasa bersalah.

"Apa?! Kena buru dengan musuh?! Ibu aku tak pernah ada musuh lah! Tak. Tak mungkin. Kenapa kau tak bagitahu aku!"

marah Marsha lalu dia bangun dari duduknya. Clara menundukkan kepalanya.

"Kenapa ni?" soal seseorang di pintu.

Marsha dengan Clara menoleh.

"Korang." kata Marsha lirih.

Air matanya sudah mengalir. Marsha menangis teresak esak. Kevin yang melihat Marsha menangis terus memeluknya.

"Shut. Kenapa ni? Tenang okayh. Saya ada dengan awak." kata Kevin sambil mengusap belakang Marsha.

"Clara." panggil Josh.

Clara terus bangun apabila namanya di panggil. Benny pula sudah terpempan melihat warna rambut Clara.

"Kau siapa sebenarnya?" soal Josh kepada Clara.

Clara hanya diam.

"Aku tanya kau ni. Kenapa diam?" soal Josh dengan nada sedikit tinggi.

"Dia pasangan aku."

mereka semua memandang ke arah Benny dengan pandangan terkejut. Kecuali Clara. Clara sudah mengetahui lama yang Benny adalah pasangannya cuma dia sahaja yang tidak mahu munculkan dirinya.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now