Bab 62

7.6K 481 9
                                    

Habis sahaja meronda satu sekolah, mereka berdua berehat di pondok.

"Terima kasih sebab sudi teman aku ronda ronda." kata Leo sambil tersenyum.

Gabriella juga turut tersenyum.

"Sokayh. Kalau ada apa apa masalah, mintak je tolong dekat aku atau ahli yang lain." kata Gabriella.

"Boleh aku tanya tak?"

"Apa dia?"

"Kau manusia biasa ke?"

"Haah."

"Kenapa?" soal Gabriella pula.

"Tak ada apa. Cuma pelik je kau boleh ada dekat sini." kata Leo sambil menggaru kepalanya.

"Aku kan anak ke pada pemilik istana Crown. Mestilah boleh ada dekat sini."

"Tapi kan, kalau kau anak kepada pemilik istana Crown kenapa kau berupa manusia biasa?"

"Nampaknya kau nak sangat tahu pasal kehidupan aku."

Leo tersengih.

"Apa salahnya. Dalam banyak banyak perempuan, kau yang berjaya buat aku nak tahu pasal kau."

"Selama ni kau tak pernah dekat dengan perempuan ke?"

Leo menggelengkan kepalanya.

"Kenapa? Perempuan kat dunia ni tak cantik ke?"

"Bukan tak cantik. Cuma tak minat."

Gabriella memuncungkan mulutnya tanda 'O'.

"Kalau kau?" soal Leo pulak.

"Aku?" soal Gabriella balik sambil menunjuk dirinya sendiri.

Leo menganggukkan kepalanya.

"Kenapa dengan aku?"

Gabriella menayangkan muka blurnya.

"Yelah. Kau dah jumpa pasangan kau ke?"

Gabriella terdiam sejenak.

"Tak. Belum lagi. Lagi pun aku masih dalam lingkungan 17 tahun."

Leo terangguk angguk.

"Kalau lah kan. Kau jumpa pasangan kau, tapi kau tak cintakan dia. Apa kau buat?"

soalan Leo membuatkan Gabriella sedikit terkejut tapi dapat di kawalnya.

"Er. Entahlah. Mungkin aku cuba untuk terima dan cinta dia."

"Kalau kau cinta dekat orang lain macam mana pulak?"

Di situasi Alvin.

"Aku... Tak suka dia." kata Alvin.

Kevin tersenyum sinis.

"Tak payah nak tipu lah. Aku tahu kau suka dia. Jangan nak ego sangat boleh tak?"

"Kevin, orang bercinta hanya sekali je. Mana ada orang bercinta banyak kali. Hati aku hanya untuk Erine je. Tak ada perempuan lain yang boleh gantikan tempat Erine. Sampai bila bila pun aku takkan jatuh cinta dekat orang lain selain Erine."

Kevin mengeluh.

"Alvin. Dia dah tak ada. Sampai bila kau nak macam ni je. Kalau Erine ada dia mesti suruh kau cari pengganti. Dia tak suka tengok kau bersendirian macam ni. Siapa kata bercinta hanya sekali? Kalau hati tu nak bercinta lagi takkan kau nak tolak? Hati seseorang tak ada siapa tahu melainkan dirinya sendiri. Buka pintu hati kau Alvin. Aku tak suruh kau lupakan Erine kau boleh simpan kenangan kau dengan dia tapi tak bermakna kau tak boleh bercinta lagi. Erine hanya kenangan silam kau je. Yang kau perlu cari adalah masa depan kau." kata Kevin panjang lebar.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now