Bab 88

8.5K 491 6
                                    

Alvin memandang gadis yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. Muka gadis tersebut di pandang sayu. Dari semalam lagi gadis itu tidak bangun bangun. Alvin melabuhkan punggungnya di sebelah gadis tersebut. Tangan milik gadis itu di sentuh kemudian di cium.

"Bella, bangun. Aku tak kuat tengok kau terbaring lemah macam ni. Please bangun Bella." kata Alvin seorang diri.

Tangan Rossa di genggam kuat. Pipi milik gadis tersebut di usap. Kalau dia lebih awal sampai, Rossa takkan jadi seperti ini. Tiba tiba pintu bilik Rossa terbuka. Nilon menutup pintu semula lalu menghampiri Alvin.

"Kau jangan risau. Dia akan sedar punya. Tapi tu la mungkin ambil masa lama." kata Nilon.

Kerusi meja solek di tarik lalu melabuhkan punggungnya.

"Kenapa? Kenapa ambil masa lama?" soal Alvin.

"Kau tak tahu ke? Dia separuh manusia istimewa dan separuh Angel la."

dahi Alvin berkerut.

"Maksud kau? Bukan ke dia dah jadi Angel sepenuhnya."

Nilon menggelengkan kepalanya.

"Dia memang sepatutnya sepenuh Angel, tapi di sebabkan roh Rossa Elrica ada dalam badan Gabriella, jadi dieorang dah sebati. Sebab tu dia separuh Angel dan separuh manusia." terang Nilon.

"Dari mana kau tau?"

"Mark dengan Romeo bagitahu aku."

"Macam mana boleh jadi macam tu?"

"Macam ni.."

Nilon mula menceritakan dari awal sehingga akhir seperti mana Aden menceritakan kepada Gabriella.

Memori yang tadinya di tayangkan kepada Rossa, lenyap. Kemudian Rossa menyentuh lagi salah satu serpihan memori yang ada di depannya.

"El!" panggil Aden.

El yang sedang bermain bersama binatang lain menoleh ke arah Aden.

"Sini kejap!" sambung Aden.

El berhenti bermain lalu menuju ke arah Aden.

"Ada apa?" soal Rossa.

"Nak ikut Aden tak?"

"Pergi mana?"

"Taman bunga."

El dan Aden keluar dari lorong yang menyambung ke kerajaan Animals. Kemudian mereka bergerak ke taman bunga yang tidak jauh dari tempat mereka.

"Bukan ke Aden kata yang El tak boleh keluar dari kerajaan Animals?" Soal El.

"El dah dua bulan tak keluar dari kerajaan Animals. Aden tau yang El bosan sebab tu Aden bawa El keluar. Tapi bukan tak berarti El dah boleh keluar. El boleh keluar bila dengan Aden sahaja." kata Aden panjang lebar.

El tersengih.

"Terima kasih Aden!"

Sampai sahaja di taman bunga El terpegun melihat bunga bewarna warni di depannya.

"Woah! Cantiknya!" jerit El lalu menyentuh bunga yang berdekatan dengannya.

"El suka?"

El menganggukkan kepalanya laju.

"Suka sangat! El tak pernah tahu pun kat hutan ada taman bunga."

"Bukan taman bunga je. Tasik pun ada. Tapi tasik tu agak jauh. Tempat tu dekat dengan kawasan istana Crown."

El terangguk angguk mendengar kata kata Aden.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now