Bab 9

11.5K 581 3
                                    

Di sebuah istana Ruth.

"Aku perlukan darah suci untuk menjadi abadi. Dengan cara itu aku boleh menakluk semua yang ada di dunia ini." Raja Jason berkata kepada orang suruhannya yang bernama Swarde.

"Berikan saya petunjuk supaya senang untuk mencarinya." Kata Swarde.

"Darah suci itu berbau wangi seperti bunga. Berada di badan seorang gadis. Tapi.. "

Raja Jason terdiam seketika.

Swarde yang melihat Rajanya terdiam mula memasang muka pelik.

"Tapi kenapa Raja? " Soal Swarde.

"Tiada tanda² pengganti." kata Raja Jason.

Swarde yang mendengar mula bertambah hairan.

"Maksud Raja? " soal Swarde lagi.

"Orang yang memilik darah suci di gelar Angel. Dan Angel mempunyai pengganti. Bila Angel telah menjumpai penggantinya dia akan menyerah semua kuasanya sebelum dia hilang menjadi abu. Kali ini Angel yang luar biasa. Angel ini di panggil Angel abadi. Sesiapa yang berpasangan dengan Angel abadi dia akan hidup selamanya. Tiada satu pun yang boleh mengalahkannya." terang Raja Jason kepada Swarde.

"Tapi Raja, kenapa Raja menginginkan darah suci kenapa tidak menjadi pasangannya? " soal Swarde.

"Aku bukan pasangannya. Sebab itu aku hanya perlukan darahnya sahaja. Lagi pun kalau aku tidak menjadi pasangannya aku boleh hidup abadi asalkan aku mendapatkan darah suci itu." jawab Raja Jason.

"Baiklah. Akan saya laksanakan. Raja tidak perlu risau. Saya dan pengikut yang lain akan terus mencarinya sehingga dapat. "Kata Swarde.

Raja Jason hanya tersenyum jahat.

Di Istana Crown.

"Nah. Princess pilih lah dulu mana yang Princess nak." kata Marsha sambil menghulurkan telefon.

Gabriella sudah memasang muka masam.

"Ada apa apa yang tak kena ke? " soal Marsha apabila melihat riak muka Gabriella.

"Haih kan aku dah kata. Jangan panggil aku princess. Dan jangan nak awak saya dengan aku. Kau kan dah jadi kawan aku. " kata Gabriella.

"Alah. Sorry. Aku dah terbiasa. Okayh lah lain kali aku tak panggil kau princess. " kata Marsha sambil tersengih sengih.

Gabriella mengambil telefon di tangan Marsha lalu melihat baju yang ada di skrin. Gabriella memasang muka terkejut.

"Kau dah kenapa? " soal Marsha.

"Baju ni hah. Mahal sangat lah. Takda yang murah ke? Aku rasa tak cukup duit lah. " kata Gabriella.

Marsha sudah ketawa sakan.

"Kenapa kau ketawa? Ada yang lawak ke? " katanya lagi.

"Takda lah. Kau ni lawak lah. Kau tak ingat ke kau kat mana sekarang? Kau kat istana kut. Lagi pun istana ni milik kau semua ni harta kau. Apa yang tak cukup? Takkan dah lupa? " kata Marsha.

"Hehe. Aku lupa pulak. Tapi, semua baju ni cantik sangat lah. Aku tak tau nak pilih yang mana. "

Gabriella menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Meh sini. Biar aku je yang pilih."

Marsha mengambil telefon di tangan Gabriella lalu dia membeli semuanya.
"Are you kidding? Kau beli semua?" soal Gabriella.

"Yelah. Dah kau tak tau nak pilih yang mana aku beli je lah semua. Dah jangan risau muat almari kau tu. " kata Marsha.

Gabriella hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now