Bab 70

7.9K 484 14
                                    

"Perkara apa?" soal Maria.

Benny dan Clara duduk di hadapan Maria.

"Sebelum tu, Permai..."

"Jangan panggil saya Permaisuri. Panggil sahaja Maria."

"Tapi..."

"Hanya untuk keselesaan. Lepas sahaja perbincangan ini, kamu berdua boleh panggil saya Permaisuri."

"Baiklah." kata Clara.

"Sila sambung."

"Tentang Marsha, Maria tak risau ke?"
Maria tidak menjawab.

"Saya tahu semuanya. Saya kenal ayah Marsha."

Maria terkejut mendengar ayat Clara.

"Apa maksud kamu kenal dengan ayah Marsha?"

"Saya adalah seorang pari pari kepada seorang Angel. Jadi sudah tentu saya boleh mengenali ayah Marsha."

"Kamu pari pari? Tapi macam mana? Bukankah Angel sudah tiada?"

Clara menggelengkan kepalanya.

"Gabriella adalah pewaris seterusnya."

"Apa?!" soal Maria terkejut.

"Tak...tak mungkin..." kata Maria yang masih tidak percaya.

"Tapi itu yang sebenarnya."

"Jadi....akan ada peperangan lagi lah?" soal Maria risau.

"Itu saya tak pasti, tapi kami akan cuba untuk mengelakkan peperangan. Maria jangan risau."

"Jadi apa kaitan Marsha dengan Gabriella?" soal Maria.

"Itu tidak penting tapi yang sekarang, Marsha dalam bahaya."

Benny yang berada di situ hanya mampu mendengar sahaja.

"Apa Maksud kamu?" soal Maria hairan.

"Semasa kejadian makan malam saya melihat gelang elektrik di tangan Marsha. Gelang yang di pakainya adalah gelang yang jenis berbahaya. Ia boleh membawa maut jika seseorang itu menggunakan kuasanya ataupun ingin melepaskan gelang itu." terang Clara.

"Jadi kamu nak kata ada seseorang telah meletakkan gelang itu di tangan Marsha lah?"

Clara mengangguk.

"Musuh telah menjumpainya dan memakaikannya gelang itu."

"Jadi...yang sebenarnya..."

Maria tidak menghabiskan ayatnya.

"Betul. Dia datang sini untuk menyampaikan dua pesanan." kata Clara.

"Tapi, saya masih lagi tak tahu apa yang dia cuba sampaikan. Lagi pun Clara kata dia tak boleh guna kuasa sebab gelang kat tangan dia kan?" kata Maria.

Clara menganggukkan kepalanya.

"Tapi, saya boleh baca isi hatinya. Itu adalah salah satu kuasa pari pari." kata Clara.

"Jadi, kamu boleh baca isi hati orang lain lah?"

Clara menganggukkan kepalanya lagi.

"Maria jangan risau, saya akan baca isi hati orang bila perlu je."

Maria tersenyum.

"Tak apa saya tak kisah. Jadi, apa pesanan dia?"

"Dia kata jangan risau. Dia akan menjaga dirinya sebaik mungkin. Dan dia kata dia terpaksa berkasar. Walaupun dia kecewa dengan Maria dan Gabriella, tapi dia percaya yang Maria dan Gabriella mempunyai sebab tertentu." kata Clara.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now