Bab 58

7.6K 519 6
                                    

"Marsha, Yora mana Gabriella? Tadi tu kenapa ramai budak budak berkumpul dekat kelas korang? Ada yang tak kena ke?" soal Benny.

Marsha dengan Yora hanya membisu sahaja sambil memandang satu sama lain.

"Apahal ni? Asal senyap? Korang tak dengar ke Benny tanya apa?" soal Alvin pula.

"Er. Um. Gabriella..."

"Gabriella apa?!" tengking Alvin.

Yora tersentak. Josh yang melihat Alvin menengking terus menarik Yora ke belakang.

"Alvin. Aku tak suka kau berkasar dengan dia. Cuba tanya elok elok." kata Josh.

Yora pula menyorokkan dirinya di belakang Josh. Dia tak berani bersemuka dengan Alvin. Baginya ini kali pertama dia di tengking oleh orang apalagi si Alvin.

"Aku tanya tu cuba lah jawab cepat! Ini tergagap gagap! Siapa yang tak bengang!" marah Alvin.

Josh yang sudah hilang sabar terus menumbuk Alvin.

"Josh!"

Yora menahan Josh dari terus menumbuk Alvin. Benny pula menolong Alvin bangun.

"Dah cukup.Korang gaduh pun tak ada guna. Yora bawak Josh pergi. Biar aku je yang cakap dekat dia." kata Marsha.

Yora mengangguk lalu terus membawa Josh pergi.

"Bella dia ada masalah sikit. Dia kena pergi bilik disiplin."

Alvin terkejut mendengar apa yang di kata Marsha.

"Apa maksud kau? Dia buat apa sampai kena pergi bilik disiplin?" soal Alvin.

Marsha mula mencerita perkara yang sebenar. Selepas sahaja Marsha habis mencerita Alvin terus menuju ke bilik disiplin.

"Benny, mana Kevin?" soal Marsha apabila tidak melihat Kevin.

"Dia punya kelas keluar lambat hari ni. Kejap lagi keluar lah tu."

Marsha terangguk angguk.

"Tak apa ke kita biarkan Alvin pergi bilik disiplin?" soal Marsha.

Benny tersengih.

"Biar jelah. Lagi pun ada Gabriella. Jom makan. Aku dah lapar. Nanti Kevin cari pulak."

Marsha mengangguk setuju. Mereka berdua mula bergerak pergi ke kantin.

"Ada apa sebenarnya ni?" soal cikgu Goro.

Gabriella dengan Sherine duduk berhadapan cikgu Goro. Manakala Cikgu Sandra berdiri di sebelah Sherine.

"Gabriella telah mencuri hadiah Sherine. Dan isi di dalam kotak itu sudah tiada. Bila saya bertanya tentang isi tu dia hanya mendiamkan diri saja." kata Cikgu Sandra.

"Ouh. Cikgu Sandra boleh pergi. Biar saya sahaja yang uruskan mereka berdua."

cikgu Sandra mengangguk lalu pergi.

"Jadi, Sherine betul ke Gabriella ambil?" soal Cikgu Goro.

Sherine mengangguk kepala.

"Terakhir kali kamu letak hadiah tu dekat mana?" soal cikgu Goro lagi.

"Kelas. Saya fikirkan tak ada yang nak ambil." kata Sherine.

"Dari mana kamu tahu Gabriella yang ambil?"

"Er. Viora yang memberitahu saya bahawa Gabriella telah masuk kelas dan mengambil hadiah itu lalu membawa ke kelasnya."

cikgu Goro memandang ke arah Gabriella pula.

Gadis Berdarah Suci (C)Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu