Bab 8

11.5K 621 7
                                    

Gabriella mula tercari-cari ruang dapur. Mana pulak dapur ni. Bukan main susah pulak nak cari.

"Princess ? " panggil seorang lelaki dengan pakaian seperti pelayan.

Gabriella hanya memandang lelaki itu dari atas sampai ke bawah.

"Princess nak ke mana ?" tanyanya.

"Saya nak cari dapur. Kat mana dapur ? " tanya Gabriella pula.

"Dapur? Princess nak buat apa pergi ke dapur ? " soal dia lagi.

Eh mamat ni. Bagi je lah tau banyak tanya pulak. Belum sempat Gabriella buka mulut muncul Maria dari belakang lelaki itu.

"Princess ? Princess nak kemana ni ?" soal Maria.

Lelaki tadi mula beredar bila melihat Maria.

"Cari dapur." kata Gabriella.

Maria sudah ketawa.

"Kenapa ketawa?" soal Gabriella lagi.

"Maafkan saya sebab ketawakan Princess." kata Maria sambil membungkuk.

Gabriella mula gelabah.

"Eh. Eh. Takpa lah. Tak perlu mintak maaf. Dah dah. Jangan lah macam tu. Tak selesa lah saya." kata Gabriella.

"Baiklah. Princess tak perlu cari dapur. Jom saya hantar ke ruang makan."

Maria mula menuju ke ruang makan. Sampai sahaja di ruang makan. Gabriella terpegun sekejap. Bukan main besar lagi ruang makan dia. Meja pula bukan main panjang.

"Princess silakan duduk." kata seorang pelayan perempuan.

Gabriella pun melabuhkan dirinya di kerusi.

"Yang ni nama dia Mica. Dia pelayan di sini."

Maria memperkenalkan Mica kepada Gabriella.

"Nice to meet you Mica." kata Gabriella sambil tersenyum.

"Mica, tolong sediakan apa yang di minta oleh Princess Gabriella. Saya ada urusan sekejap. Princess, saya terpaksa pergi. Takpakan kalau Princess dengan Mica? Princess minta je apa apa kat dia nanti dia akan bagi." kata Maria panjang lebar.

"Takpa. Pergilah." kata Gabriella.

Maria membungkukkan dirinya lalu pergi meninggalkan Gabriella dan Mica.

"Princess ada apa-apa yang perlu saya sedia kan? Atau Princess nak makan?" soal Mica.

"Saya cuma nak buah. Teringin pula nak makan buah."

Gabriella tersengih-sengih.

"Baiklah. Saya akan sedia beberapa jenis buah. Princess tunggu sini sekejap ye." kata Mica lalu menuju ke arah belakang.

Mungkin dapur.

Sementara menunggu Mica, Gabriella melihat sekeliling ruang makan itu. Dinding yang penuh dengan corak dan Almari penuh dengan pinggan mangkuk. Kadang-kadang dia tidak paham dengan orang kaya kenapa pinggan mangkuk di buat hiasan sedangkan kegunaannya untuk dapur.

"Gabriella buat apa kat sini?" soal Pakciknya iaitu Hendri.

Gabriella memandang ke arah pakciknya yang berada di sebelahnya.

"Uncle dari tadi ke kat sini?" soal Gabriella pula.

"Taklah. Baru je. Uncle tadi nak pergi ruang tamu tapi uncle nampak kamu sorang-sorang kat sini tu lah uncle pergi sini."

Hendri mengambil tempat di depan Gabriella.

"Ouh. Gabriella tunggu Mica. Bella teringin nak makan buah tu sebab Bella ada kat sini." kata Gabriella.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now