Bab 5

14K 732 8
                                    

Pagi-pagi lagi Gabriella sudah bangun. Dah alang-alang terbagun pagi, Gabriella berniat untuk berjogging sudah lama dia tidak melakukan senaman. Gabriella menggulungkan rambutnya. Setelah itu dia melangkah keluar dari biliknya dengan keadaan perlahan supaya tidak membangunkan jejaka-jejaka di rumah ini.

Semasa Gabriella sedang memakai kasut muncul sepasang kaki didepannya. Dia mendongak untuk melihat empunya kaki. Gabriella mengeluh.

Susah betul lah nak hidup alone ni. Pergi mana-mana mesti dia ada. Gabriella menyambung semula mengikat tali kasutnya tanpa menghiraukan empunya kaki setelah itu dia bangun pergi tinggalkan lelaki di hadapannya. Belum sempat satu langkah di buka, tangan Gabriella di tarik olehnya.

"Kau nak kemana?" soal Alvin.

"Taman. Nak jogging." jawab Gabriella acuh tak acuh.

Entah pagi ni kenapa mood dia tak ok. Mungkin sebab semalam.

"Kalau cakap tu pandang aku Bella." tutur Alvin lembut.

Satu badan Gabriella mula terasa jelly. Oh tolong lah jangan macam tu. Macam mana aku tak cair. Gabriella mendongak ke atas. Maklum lah aku ni pendek. Tinggi aku paras dada dia kut dia dah lah tinggi.

"Dah aku dah pandang. Ada yang nak tanya lagi? Aku nak jogging ni." kata Gabriella.

Sebenarnya dia takut bertentang mata dengan Alvin tapi dia tetap beranikan dirinya untuk berhadapan dengan si Alvin.

"Aku dah cakap dengan kau. Kalau nak pergi mana-mana kena dengan aku. Kau nak ke aku gaduh dengan Josh lagi?" bisik Alvin ke telinga Gabriella.

Aduh Alvin. Boleh tak jangan bisik kat telinga aku. Dah lah suara kau tu sexy. Haish. Boleh gila aku macam ni. Josh? Oh lupa pulak. Kenapa lah perlu ingatkan pasal tu. Dah lah aku belum berhadapan dengan 4 jejaka tu lagi. Gabriella hanya membisu. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Malas nak bertentang mata lama-lama. Malas eh bukan malu.

"Kau nak jogging kenapa tak cakap kat aku? Kalau tak boleh kita jogging sama-sama." kata Alvin sambil mengusap kepala Gabriella.

Gabriella yang tersedar dengan perlakuan Alvin tadi tersentak. Boleh pulak dia usap kepala aku lagi. Gabriella menunduk malu. Sejujurnya dia tak tahan tengok senyuman Alvin. Betapa hensem nya dia bila senyum.

"Mana aku tau. Fikirkan kau tidur. Ni pun aku tak rancang nak jogging." akhirnya Gabriella bersuara.

Dari tadi dia hanya membisu saja.

"Dah jom lah. Nanti tak sempat pulak nk jogging."

Belum sempat Gabriella membuka mulut, Alvin telah menariknya menuju ke taman berdekatan.

"Weh Benny! Bangun lah! Sejak bila kau bangun lambat ni weh!" kata Kevin sambil membangunkan Benny.

Josh yang berada sebelah Benny terus terduduk.

"Weh kau dah apahal terjerit-jerit macam hilang anak huh? Kau tau tak sakit telinga aku." kata Josh sambil menggosok telinganya.

"Benny! Bangun lah! Pergi masak!" sekali lagi Kevin menjerit.

Kevin tidak mengendahkan pertanyaan Josh. Dia terus membangunkan Benny sehingga Benny jatuh mencium lantai.

"Woi! Gila ke apa!" kata Benny.

Punggungnya yang sakit di gosok. Josh pula sudah ketawa melihat Benny jatuh.

"Bangun lah. Sejak bila kau bangun lambat ni. Kau tau tak aku lapar."

Kevin mula merengek macam bayi.

"Hish! Kau ni! Siapa suruh bangun awal. Nasib kau lah. Aku ni bangun lambat sebab semalam jadi jangan nak salahkan aku." kata Benny yang masih duduk di lantai.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now