Bab 40

9.3K 538 19
                                    

"Dunia Wingstone mempunyai sepuluh kerajaan iaitu kerajaan Wings, kerajaan Yorthen, Kerajaan Merst, kerajaan Franken, kerajaan Lortha, kerajaan Rosetland, kerajaan Brince, kerajaan Kristal, kerajaan Darione dan kerajaan Ruen."

"Kita sekarang dekat kerajaan mana?"
Marsha tergelak mendengar soalan Gabriella.

"Kau ni. Dah lama duduk sini masih lagi tak tahu."

Gabriella mencebik.

"Aku masih lagi baru okayh. Baru berapa minggu aku duduk sini. Lagi pun tak ada yang nak bagitahu aku."

"Yelah. Kat sini nama dia kerajaan Wings. Kerajaan yang paling besar."

"Ouh. Maknanya Uncle memerintah kerajaan ni lah?"

"Sementara."

Gabriella sedikit terkejut.

"Apa maksud kau?"

"Raja Hendri takkan memerintah kerajaan ni. Dia ada kerajaan sendiri yang perlu dia memerintah. Ni cuma sementara je."

"Kerajaan sendiri? Habis tu siapa?"

"Yup. Raja ada kerajaan sendiri iaitu kerajaan Brince. Dan Raja Hendri akan turunkan takhta dekat kau. Kau yang akan memerintahnya."

"A...ap..apa?"

Marsha tersenyum.

"Kau jangan risau. Kau takkan memerintah kerajaan ni. Mungkin Alvin." kata Marsha sambil mengangkat bahunya.

"Kenapa Alvin? Kenapa kau kata aku takkan?"

"Gabriella. Kau ada tempat kau sendiri yang kena memerintah. Kerajaan Wings bukan tempat kau memerintah saja. Kau seorang Angel. Kau kena memerintah seluruh dunia ni."

"Apa?!"

terkejut Gabriella. Marsha sudah tergelak.

"Marsha. Serius lah."

Marsha menganggukkan kepalanya.

"Aku serius lah ni. Kan aku dah bagi tahu tadi tugas Angel apa."

Gabriella menunduk.

Bukan kerja senang nak memerintah dunia Wingstone ni. Marsha menyentuh bahu Gabriella.

"Aku yakin kau boleh. Kau boleh hadapi semua benda ni. Gabriella, ada lagi susah dari memerintah. Kau nak tahu apa?"

Gabriella mengangkat mukanya kemudian dia mengangguk kepalanya perlahan lahan.

"Musuh. Kau kena selamatkan dunia Wingstone dari musuh. Musuh kita bukan satu je, banyak. Apalagi kau Gabriella. Kau adalah sasaran utama mereka. Kau tahu kan?"

Gabriella mengangguk lagi.

"Kau boleh selamatkan dunia ni. Aku yakin kau boleh." kata Marsha sambil tersenyum.

"Bukan tu je Marsha." kata Gabriella.

Marsha berkerut.

"Apa lagi?"

"Aku kena pastikan kau takkan di pergunakan oleh orang yang salah. Kalau kau di gunakan dengan salah, bukan dunia ni je aku kena selamatkan, dunia orang lain pun aku kena selamatkan." kata Gabriella lalu tersengih.

Marsha tergelak.

"Aku janji dengan kau. Aku akan cuba sedaya upaya tak terpedaya dengan orang lain. Dan aku akan percaya kau sorang je."

mereka berdua saling berpelukan kemudian Gabriella melepaskan pelukannya.

"Marsha. Aku nak kenalkan kau dengan seseorang." kata Gabriella sambil tersenyum.

Gadis Berdarah Suci (C)Where stories live. Discover now