Bab 7

56.8K 3.5K 647
                                    

Malam itu, aku ke rumah Tiara seperti yang dirancang. Selesai saja memakirkan kereta, aku terus masuk ke dalam kawasan rumahnya. Bunyi riuh-rendah di bahagian kiri rumahnya yang menempatkan kolam renang menggamit aku untuk ke sana. Melihatkan situasi di hadapanku ketika ini, sepertinya Tiara mengadakan parti.

Ini pun nak berahsia dengan aku ke? Bila aku tanya petang tadi, dia hanya jawab ada la.

Separuh yang berada di situ, aku kenal. Kawan Tiara, yang selebihnya sangat asing bagiku. Kaki terus melangkah masuk, aku mula mencari kelibat Tiara namun tiada. Senyuman yang mereka berikan aku balas bersahaja, walaupun mereka peramah tapi aku pula menunjukkan sifat sebaliknya. Sekarang ni agak susah untuk aku percayakan orang.

"Tia?" Aku berjalan masuk ke ruangan dapur tatkala terdengarkan suara Tiara yang sedang bercakap dengan pembantu rumahnya.

"Eh bila you sampai?" Tanya Tiara. Aku pandang bekas-bekas berisi daging yang sudah diperap. Pembantu rumahnya membawa semua itu ke luar untuk dibakar.

"Baru je. Hari ni ada apa eh? Rasanya bukan birthday you." Aku cuba ingat hari ini apa, rasanya bukan ulang tahun kelahiran Tiara.

"Birthday I lambat lagi la. Actually..."

Senyumannya meleret, aku pun tak tahu nak agak apa yang membuatkan bibirnya tersenyum begitu. Boyfriend baru? Aku rasa tak sebab itu perkara biasa, kalau dia kata Rayqal tu playboy. Tiara pun sama juga.

"Rayqal kata dia nak terus stay sini. Tak nak balik Scotland dah lepas ni."

Aku perhatikan saja riak wajah Tiara yang tampak gembira sekali ketika memberitahu yang Rayqal akan terus tinggal di sini. Itu bukan kegembiraan kerana sepupunya akan terus tinggal di sini tapi kegembiraan yang lain. Reaksi yang sama aku rasakan ketika Airil sudah tamat belajar dan akan kembali ke Malaysia. Eh? Kenapa pula aku kaitkan lelaki tak guna tu?

"So I decided to throw a party for him."

Patutlah petang tadi beria-ia pilih barang, rupanya kerana ini.

"Jom, Risya. Kawan-kawan Rayqal pun ada kat sini."

Aku hanya ekori langkah Tiara dari belakang, patutlah ada yang aku tak kenal rupanya kawan-kawan Rayqal. Menurut Tiara, Rayqal dan keluarganya menetap di England, hanya pulang ke sini untuk bercuti. Tapi kali ini akan menetap terus di Malaysia.

Daging ayam yang sudah dibakar dan juga sosej aku letakkan ke dalam pinggan. Tempat yang jauh dari orang lain menjadi pilihanku, Tiara sibuk melayan tetamunya. Rayqal pula berada dengan rakan-rakannya tapi melihatkan seorang gadis yang berada di sisinya membuatkan aku terkilan. Tambah lagi apabila Rayqal memaut erat pinggang si gadis.

Mungkin betul apa yang Tiara katakan, aku patut jauhi Rayqal. Aku dikaburi dengan kejadian semalam, di mana dia muncul sebagai hero untuk menemani aku yang kecewa. Padahal memang sifatnya yang mudah rapat dengan perempuan. Aku yang syok sendiri rupanya.

"Apa yang I boleh buat supaya you tak rasa kecewa lagi macam ni?"

Kalau Tiara tak beritahu tadi, pasti aku anggap yang dia betul-betul ingin menjadi pengganti Airil. Aku dapat rasakan yang Rayqal mungkin akan kecewakan aku lebih teruk dari Airil. Walaupun Airil tinggalkan aku tapi dia tetap setia dengan aku selama sepuluh tahun.

Ah! Kenapa aku perlu bandingkan mereka?

Pandanganku masih lagi pada Rayqal, kali ini aku sedikit tergamam. Rayqal mengucup pipi perempuan tadi. Aku alihkan pandanganku ke arah lain, kenapa rasanya seperti aku melihat Airil dan Ilya tempoh hari?

Dari duduk aku mula berdiri, langkah aku atur untuk masuk ke dalam rumah Tiara. Aku mula mencari tempat yang sunyi dan tidak bingit dengan suara di luar. Bilik yang berada di hujung penjuru rumah Tiara menjadi pilihanku, bilik yang menjadi tempat tidurku ketika Rayqal membawa aku ke sini.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now