Bab 56

46.4K 3.3K 302
                                    

HAI ANAK-ANAK SEMUA HAJAHSSH SEMINGGU LEBIH KAN? 😂

Aku sendiri tidak pasti sudah berapa lama aku termenung di birai katil, jam di dinding sudah berganjak dari satu pagi ke tiga pagi. Entah bila masa berlalu, aku sendiri pun tidak sedar. Aku cuba untuk melupuskan Zarif dari ingatanku buat sementara tetapi tidak boleh, asyik memikirkannya yang masih belum pulang. Ke mana dia pergi? Hish! Rasa ingin menyumpah diri sendiri kerana petang tadi beria-ia marahkah dia tetapi sekarang sampai tidak boleh tidur. Kenapa terlalu susah untuk aku bencikan dia?

Posisi duduk di birai katil aku ubah, tubuh aku sandarkan pada kepala katil dan kaki pula berlunjur. Selepas bertemu dengan Zarif petang tadi, aku sepatutnya sampai ke rumah lebih awal namun jalan yang sesak membataskan segalanya. Dalam keadaan tergesa-gesa aku terus ke masjid dan bila papa tanya di mana Zarif, aku hanya jawab dia sibuk.

Bercakap tentang papa, aku nampak banyak perubahan padanya. Selepas bercerai dengan Aunty Aliyah, dia banyak habiskan masanya di rumah. Dia cuba untuk rapatkan jurang antara kami tetapi aku yang masih berdegil. Masih belum menerima apa yang dia lakukan pada arwah mama walaupun sudah berkali-kali dia menerangkan hal yang sebenar. Aku ingin masa yang menentukan segalanya, aku jadi begini kerana dia.

Berbalik pada apa yang berlaku di masjid tadi, selepas solat Isyak ceramah dimulakan. Soalan pertama yang ditanyakan secara rahsia melalui catatan di atas kertas menarik minatku.

"Saya telah menipu kawan saya. Jika diceritakan perkara yang benar ia akan mengaibkan diri saya, adakah berdosa?"

Tentang aib. Sama ada boleh menipu atau tidak jika perkara sebenar diceritakan maka aiblah dirinya.

"Adakalanya kita tidak wajib berkata benar dan kita tidak wajib menceritakan rahsia walaupun perkara itu benar. Contohnya kalau kita cerita, aiblah kita sedangkan yang bertanya itu kawan kita dan kita pula sudah bertaubat maka sesetengah ulama' berkata haram jika diceritakan. Nabi juga pernah berkata, siapa yang telah melakukan dosa dan dia bertaubat lalu Allah ampunkan dosanya, Allah simpan rahsia itu tetapi kita pula pergi cerita pada orang lain, Allah sangat murka."

Aku sekali lagi beristighfar, menyedari kesilapan petang tadi. Emosi yang tidak dapat dikawal, akal fikiran pula terlampau ikutkan perasaan manakala hati penuh dengan duka membuatkan aku ceritakan apa yang aku telah aku lakukan kepada Zarif. Astaghfirullahalazim.

"Yang boleh diceritakan adalah dosa secara umum macam dulu kita banyak buat dosa dan kita lagha. Itu tidak mengapa, jangan yang khusus kerana boleh menjadi aib dan mendatangkan fitnah dan sebagainya."

Huraian jawapan dari ustaz berkait dengan masalah aku dan Zarif ketika ini.

"Sekalipun yang bertanya itu suami sendiri, tidak wajib untuk berkata benar. Jika di masa lalu, si isteri telah melakukan dosa seperti berzina dan seumpamanya dan setelah berkahwin, si suami pula bertanya mengenai hal itu maka tidak wajib untuk memberitahu perkara sebenar. Kalau nak beritahu pun, tiada masalah tetapi-"

Sebelum kami berkahwin aku sudah memberitahunya. Takkan dia tidak faham maksud aku? Takkan dia tidak faham ketika aku beritahu yang dia bukan lelaki pertama untukku?

"Tetapi hati manusia boleh rosak dalam sekelip mata dan perkahwinan itu boleh hancur lebur. Satu perkara yang perlu diingat, perkahwinan adalah penyatuan dua orang tidak sempurna. Sama-sama mempunyai kekurangan dan masing-masing menampung kekurangan masing-masing. Semua mempunyai sejarah di masa lalu, kita semua pernah melakukan kesilapan."

Aku harap sangat Zarif dengan semua ini tetapi sayang dia tiada ketika itu dan sekarang pun masih belum pulang.

"Kesimpulannya bukan mahu menipu tapi ingin mengelak dari fitnah, ingin menjaga maruah dan ingin menutup aib. Mengadulah kepada Allah perkara yang benar itu kerana Allah sebaik-baik penyimpan rahsia."

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now