Bab 49

42.9K 2.9K 71
                                    

Dalam masa kami sekeluarga sibuk menguruskan persiapan untuk tanah suci, aku ambil peluang ini untuk mendekatkan lagi diriku yang sangat jauh daripadaNya. Zarif yang banyak membantu aku dalam hal ini. Setiap malam dia akan luangkan masa untuk membantu aku mengingati semula tentang Islam. Katanya aku sudah mempunyai asas, cuma perlu diperkukuhkan lagi.

Papa dan mama sudah berikan didikan agama yang cukup kepadaku, ditambah lagi dengan didikan di sekolah. Tapi aku manusia yang lalai, segalanya lesap begitu saja dari fikiran dan jiwa semakin hitam. Walaupun jangka masa tidak sampai setahun tetapi itu sudah cukup untuk aku lupakan semua yang aku pelajari. Tapi aku bersyukur kerana insan-insan disekelilingku banyak memberi dorongan dan suntikan dari segenap aspek.

Iskandar merupakan orang pertama yang perasan perubahanku, dalam terselit usikan, dia banyak membantu aku. Walaupun papa tidak tahu tentang hal ini tetapi sekarang dia sering mengajak seorang ustaz ke rumah pada malam jumaat. Kami sekeluarga sama-sama belajar tentang agama untuk memperkukuhkan lagi pengetahuan.

Dalam meniti hari-hari yang mendatang, jujur aku katakan yang hatiku mulai berasa tenang dan jiwaku tidak lagi gundah memikirkan khilaf di masa lalu. Dan andainya masa boleh aku putarkan, aku tidak ingin kembali ke masa lalu. Kalau aku kembali ke sana sekali pun, hanya satu yang aku ingin lakukan. Aku tidak akan membiarkan diriku hanyut ke dalam lembah noda.

Masa pula berlalu dengan pantas sekali, bari di mana kami sekeluarga akan berangkat ke Mekkah untuk menunaikan umrah sudah tiba-tiba. Dalam masa singkat ini, aku cuba mempersiapkan diriku dari segenap aspek namun masih lagi ada debaran kecil di dada.

Jam di tangan aku pandang sekilas, sudah jam empat pagi. Kami sudah berkumpul di KLIA beberapa jam lebih awal untuk mendengar taklimat sebelum berangkat ke sana. Sejam dari sekarang kami akan bertolak dengan agensi perlancongam yang sudah mengaturkan segala-galanya apa yang perlu kami lakukan di sana nanti.

"Farisya." Bahuku yang dicuit dari belakang membuatkan aku menoleh. Senyuman darinya itu aku balas.

"Lama tak jumpa kan?" Pertanyaan darinya disertakan dengan satu pelukan dan aku balas pelukannya kembali. Tiara rungkaikan pelukan itu dan kembali memandang ke arahku.

"Haah," jawabku sepatah.

"Macam mana you tahu I kat sini?"

"Sara yang bagitahu." Baru aku ingat yang hanya beberapa kenalan sahaja yang tahu mengenai hal ini, salah satunya Qaisara.

"I came here to say goodbye to you." Timbul pula rasa terharu kerana dia ke sini untuk mengucapkan selamat tinggal ketika waktu yang lain sedang enak dibuai mimpi.

"Mana husband you? Lepas you kahwin, I tak pernah tengok lagi rupa dia macam mana." Tiara memandang keadaan sekeliling, pandangan matanya meninjau keadaan.

"Tu." Aku tunjukkan ke arah Zarif yang sedang berbual dengan rakannya. Reaksi yang Tiara tunjukkan sudah aku jangka, aku dapat rasakan dia menyangka itu Airil.

"Eh tu kan..."

"Bukan, tu Amril."

"Eh? Haah la, I remember him." Tiara memandang ke arah Zarif dari atas ke bawah.

"Masa form one dulu I masuk sekolah tu, dia form four. Tapi sekejap je, bulan tiga dia dapat tawaran ke mrsm."

Aku baru teringat yang aku mula bersekolah di situ ketika berusia enam belas tahun, tingkatan empat. Ketika itu Zarif sudah sembilan belas tahun, aku terlambat tiga tahun. Timbul perasaan tidak puas hati kerana ingin tahu bagaimanakah seorang Amril Zarif di masa lalu?

"Maybe dulu sebab kita remaja lagi kan, so muka dorang takde la sama macam sekarang. I thought he is..." Tiara berhenti daripada meneruskan kata-katanya setelah menyedari keterlanjurannya ketika bertutur. Tapi aku tidak kisah, memang sama pun.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now