Bab 17

47.3K 2.9K 180
                                    

Pada awalnya aku merancang untuk menginap di hotel seminggu tapi sekarang sudah berlanjutan ke minggu ke dua. Sepanjang tempoh itu, aku terperap di bilik hotel, hanya keluar untuk mencari makan dan selebihnya aku habiskan masa dengan tidur dan menonton movie. Kadang-kadang ada juga aku dapatkan rawatan spa dari hotel untuk memberi terapi kepada diri sendiri.

Selepas Nadzhan hantar aku ke sini, aku tidak ke mana-mana. Telefon aku matikan supaya tiada sesiapa pun yang menganggu. Tapi aku ada menghubungi Tiara sekali, aku rindukannya dan dia juga sama. Dia juga turut membuka cerita mengenai Rayqal, Tiara kata Rayqal sudah kembali semula ke Scotland.

"Parents dia suruh balik sebab minggu lepas dia bergaduh teruk sampai jadi kes polis."

Aku agak tersentak ketika mendengarkan kata-kata Tiara, puncanya pada malam itu kerana aku. Nadzhan kata dia sudah uruskan Rayqal tapi tidak menyangka pula jadi begini. Kalau lah aku tidak ke rumahnya pada malam itu, semua ini tidak akan terjadi dan kalau lah aku tetap utuh dengan pendirianku mengenai Tiara yang sukakan Rayqal, pasti aku tidak akan akan mencari Rayqal pada malam itu.

Aku tidak menyesal kerana 'bersama' Rayqal pada malam itu. Aku cuma menyesal kerana tindakan yang bodoh dalam membuat keputusan, aku tidak sepatutnya menyuruh dia buktikan rasa cintanya terhadap aku. Masalah yang aku cari ini membuatkan fikiranku semakin kusut! Jiwa bagaikan tidak tenteram asyik terfikirkan Rayqal. Itu belum masuk lagi memikirkan tentang papa dan Aunty Aliyah yang sudah berkahwin dua hari yang lalu.

Aku mula terfikirkan rumah lama kami sekeluarga, rumah di mana aku dan keluarga tinggal sebelum kematian mama. Kalau aku tinggal di sana pasti papa dapat mengesan aku di mana.

Fikiran melayang memikirkan rumah persinggahan milik mama di Kelantan. Aku rasa aku sudah temui tempat untuk aku tinggal, jauh daripada papa dan keluarga barunya. Tenang sikit hidup aku. Lagi pun, aku boleh hidup dengan kenangan mama di sana.

Sekitar jam tiga petang, aku tinggalkan hotel yang menjadi rumah sementara aku. Aku terus memandu untuk pulang ke rumah, kemas semua barang-barang aku dan selepas itu blah. Beberapa minit perjalanan, aku sampai ke rumah yang aku ibaratkan satu tempat yang asing bagiku.

Hanya kesunyian yang menyambut kepulanganku seperti biasa. Tapi bagus juga, tiada orang yang akan berleter kalau kepulangan aku dinantikan. Kalau dulu setiap kali aku pulang ke rumah, hati mula berdebar-debar kerana takut papa ternampak aku tapi sekarang aku selamba sahaja.

Tangga aku daki, sampai saja di persinggahan tangga, mataku tertacap pada bingkai-bingkai gambar yang tergantung di situ. Satu tawa halus terlepas dari mulutku apabila ternampak gambar papa dan Aunty Aliyah di hadapan sebuah masjid, mereka berpakaian lengkap sepersalinan baju nikah berwarna putih. Di sebelah kiri papa ada Iskandar di sebelah Aunty Aliyah pula ada Airil dan isterinya.

"Wow," kataku perlahan dengan senyuman sinis. Aku memerhati setiap wajah bermula dari perampas, penghancur hati aku, pemusnah hubungan aku dengan anaknya, pengkhianat kepada mama dan Iskandar, dia sebelahkan papa jadi dia juga turut mendapat gelaran itu.

Aku mula mendaki tangga lagi, sampai saja di tingkat atas, suara papa menegurku. "Baru ingat nak balik rumah?"

"And you care because?" Aku bertanya ketika papa menghampiriku.

"I care because you're my daughter! Anak perempuan, Farisya! Tak balik rumah dekat dua minggu!" Suaranya menjulang tinggi menjerkah aku tapi aku tidak terkesan langsung. Dah bosan.

"So?"

"Kenapa kurang ajar sangat sekarang ni?!"

"Ask yourself then you'll get the answer." Sudah terang lagi yang aku tidak pulang kerananya, aku jadi begini kerana isteri barunya itu yang yang musnahkan hubungan cinta aku dengan Airil. Tidak cukup dengan itu, dia berkahwin pula dengan papa.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now