Bahagian II

79.6K 3.9K 1.6K
                                    

BAHAGIAN II
ALASAN UNTUK BAHAGIA

Gapailah bahagia itu
Walaupun bukan bersamaku

━━━━━━━━⊱✿⊰━━━━━━━━


Kalau Aunty Aliyah tidak tersasul menyebutnya depan aku tadi, rasanya sampai ke sudah aku tak akan tahu. Fahamlah aku kenapa dia beria-ia sangat nak kami bermalam di sini. Rupanya ada agenda tersendiri. Langkah aku atur ke tingkat atas dengan segera untuk mencari Zarif yang hilang entah ke mana setelah aku masuk ke dapur sebaik saja kami sampai sebentar tadi. Patutlah si Zarif ni macam nantikan sesuatu dari aku, dari raut wajahnya aku dapat lihat yang dia mahu aku tahu tentang hari ini. Haish! Kenapalah aku langsung tidak tahu?

"Zarif?" Aku kuakkan pintu sambil memanggil namanya.

"Kat sini rupanya." Semakin dekat aku hampirinya dan dia buat-buat tak tahu. Seolah-olah sengaja tidak mempedulikan kehadiranku.

"Zarif? Amril? Amril Zarif?" Aku lambaikan tangan di hadapan wajahnya namun dia tetap dengan reaksi yang sama. Fokusnya tetap terhadap komputer riba.

"Zarif..." Suara aku lembutkan lagi, biar makin kedengaran mendayu-dayu. Namun reaksinya mengundang rasa sebal di hati.

"Dengarlah ni." Aku tarik komputer ribanya lalu aku letakkan di atas meja berhampiran tapi Zarif langsung tidak terusik dengan apa yang aku lakukan, malah dicapainya telefon.

"Zarif... Geramnya, tengoklah sini." Kedua-dua belah tanganku melekap di pipinya ketika aku menundukkan tubuh untuk menyamai kedudukannya.

"Abang, marah lagi ke? Kenapa susah sangat nak tengok sini?" Kata-kataku ini mencuit sedikit dirinya yang sedang berperang dengan ego. Pipinya aku belai beberapa kali sehingga dia letakkan kembali telefon ke tempat asal.

"Nak apa?" Dia bertanya dengan dingin, mungkin masih terasa denganku yang selalu membangkang apa yang dia mahukan.

"Hari ni birthday kau eh?" Aku ambil tempat duduk di sebelahnya. Semakin dia menjauh, aku semakin mendekat. Apabila sampai di hujung kerusi, Zarif cuba bangun namun aku lebih pantas menarik tangannya dan aku lingkarkan di bahuku.

"Tadi elok je panggil abang," rengusnya sambil melemparkan pandangan matanya ke arah lain dan dengan pantas aku sandarkan kepala di dadanya.

"Tak biasa lagi. Setahun dua nanti biasalah." Aku tersengih ketika mendongak memandangnya, serentak dengan itu juga jariku naik meniti di sekitar abdomen sehingga ke dadanya.

"Kau nak apa ni?" Tegur Zarif seraya menghentikan pergerakan tanganku.

"Happy birthday," bisikku perlahan di telinganya.

"Baru ingat?" Zarif memerli sambil menarik muka masam.

"Baru tahu." Aku membetulkan kata-katanya, baru tadi Aunty Aliyah tersebut mengenai hal ini. Jadi, aku baru tahu yang hari ini merupakan ulang tahun kelahiran Zarif. Aku rasa macam teruk sangat kerana tidak tahu langsung, rasanya mungkin disebabkan kehidupan seharianku yang terlalu sibuk dan disela pula dengan pergaduhan kecil antara kami yang egonya tinggi menggunung, jadi masa untuk mengenali antara satu sama lain sangat singkat. Lagi pun, usia perkahwinan kami masih lagi baru.

"Baru tahu?" Zarif berkata dengan nada yang agak menjauh.

"Dah la tadi, gaduh dengan aku. Lepas tu baru tahu."

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now