Bab 29

39.3K 2.3K 241
                                    

Selepas Airil dan Aunty Aliyah habis bercakap semalam, aku tanya Airil bagaimana penerimaan mamanya mengenai hubungan kami. Namun Airil tidak memberikan sebarang jawapan, katanya penat dan inginkan masa untuk berehat dulu. Pagi ini bila aku tanya soalan yang sama, reaksi seperti semalam yang dia berikan.

"Nampak gembira je pagi ni."

Iskandar menegurku ketika aku mengambil tempat duduk di meja makan untuk bersarapan. Hubungan aku dengan dia agak retak semenjak kejadian itu, ada beberapa kali Iskandar cuba menjernihkan hubungan kami tapi aku abaikannya. Setiap kali dia bertanya, aku buat tak tahu. Setiap kali dia cuba memulakan perbualan, aku tak endah. Lanjutannya sampai ke hari ini, tiada sebarang perubahan.

"Kalau sedih kang, tanya kenapa pulak sedih," sindirku sambil menjeling ke arahnya. Iskandar tidak memberi sebarang reaksi selepas itu, sebaliknya menyambung suapannya yang tergendala.

Papa dengan Aunty Aliyah turut serta selepas itu. Airil yang paling lambat tiba di meja makan, aku sendiri tidak tahu apa yang tidak kena dengan dia. Semenjak bercakap dengan Aunty Aliyah, dia jadi pendiam. Aku tanyakan soalan, dia hanya diam saja.

"Bila Ril nak jemput Ilya?"

Suapanku terhenti apabila Aunty Aliyah tanyakan soalan itu. Kenapa disebut-sebut nama Ilya di awal pagi begini? Aku ingin mulakan pagiku tanpa mendengar apa-apa saja yang berkait dengan nama itu. Ini tidak, disebut lagi. Boleh hilang selera aku yang semakin bertambah semenjak Ilya keluar dari rumah ni. Aunty Aliyah tiba-tiba menyuruh Airil menjemput Ilya, kenapa? Biarkan saja dia kalau dia ingin terus tinggal di sana.

"Ma, biar je lah dia kat sana. Kalau dia nak balik, dia akan balik." Airil terus menjawab pertanyaan Aunty Aliyah. Aku sembunyikan satu senyuman apabila mendengarkan jawapan Airil.

"Ilya tengah mengandung sekarang ni, takkan nak biarkan dia terus kat sana. Isteri bila mengandung sangat perlukan suami dia."

Senyumanku mati setelah mendengar kata-kata Aunty Aliyah. Sudu yang tadinya kemas di pegang terlepas. Aku terus memandang ke arah Airil untuk meminta penjelasan mengenai hal ini. Aku tak salah dengar, jelas sekali suara Aunty Aliyah memberitahu satu kenyataan yang aku tak ingin terjadi. Ilya mengandung?

"Berapa kali mama nak ulang benda sama?" Suara Airil kedengaran membentak di hujungnya. Dia seakan tidak suka hal ini dibahaskan di depanku.

Airil tanpa berkata apa-apa terus bangun dan meninggalkan meja makan. Aku meminta diri selepas itu dengan memberi alasan untuk bertanya kenapa Airil jadi begitu. Langkahnya aku ikut dari belakang, dia menuju ke kolam renang yang terletak di luar rumah.

"She's pregnant? Is it true?" Aku menghampirinya dan bertanyakan soalan itu. Aku masih lagi tidak percaya yang Ilya mengandung.

"I sendiri baru tahu semalam. Mama yang bagitahu." Airil menguakkan rambutnya ke belakang, raut wajahnya kelihatan gusar dan tegang. Tahu lah aku kenapa dia mengelak untuk bercakap dengan aku. Aunty Aliyah ingin bercakap dengannya semalam kerana Ilya mengandung, patutlah dia ingin bercakap dengan Airil tanpaku.

Memikirkan keadaan sekarang, aku juga turut merasakan perkara yang sama. Resah dan gelisah. Memang aku inginkan Airil menceraikan Ilya tapi aku ingin mereka berpisah tanpa sebarang ikatan. Ilya sedang mengandungkan anak Airil, perkara yang aku paling tidak inginkan berlaku.

Kalau Ilya sendiri, benciku terhadapnya tak terhitung, inikan pula pengikat kasih antara mereka berdua. Aku takut Airil akan berubah hati dan aku takut kalau Airil akan kembali semula kepada Ilya demi benih yang semakin membesar di dalam rahimnya.

Jauh disudut hatiku, aku merasa begitu kecewa apabila mengetahui Ilya mengandung. Ikatan antaranya dan Airil terjadi atas dasar paksaan, cinta hadir dalam rumah tangga mereka dan sehingga membuahkan hasilnya. Satu nyawa membuktikan cinta antara mereka.

Bukan Untuk DimilikiΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα