Bab 31

46.9K 2.9K 808
                                    

Maafkan saya kerana lambat huhu hari jumaat lagi kan? Huhu.

"I thought he is you!" Lantang suaraku menengking Airil.

"Then kalau tu I, you're gonna do the same thing?" Airil soal aku balik, aku terdiam selepas itu.

"Jawab Farisya! Kalau semalam tu I, you nak goda I macam you goda dia?! Nak bagi kita terlanjur?!"

Aku diam lagi, tidak tahu untuk membalas kata-katanya. Tekaannya itu semua betul, aku rancangkan semuanya untuk buat kami terlanjur tapi tidak terjadi. Paling malang sekali kerana kebodohanku, aku tersilap orang. Orangnya bukan Airil Zafran.

Tapi Amril Zarif.

Aku tahu yang Airil ada abang yang usianya tiga tahun lebih tua dari kami tapi aku tidak sangka rupa mereka sama. Wajah mereka sama, ibarat difotostat dan macam kembar seiras. Tiada langsung perbezaan antara mereka kecuali ketinggian. Airil pernah tunjuk gambar keluarganya tapi itu gambar sepuluh tahun lalu.

Penceraian terjadi antara kedua-dua orang tuanya membuatkan hubungan mereka menjadi retak, kerana ini aku berhenti bertanya mengenai keluarganya. Raut wajah Airil akan berubah kalau aku bertanya mengenai papa dan adik beradiknya. Sedih bercampur kecewa.

Satu lagi, mana lah aku tahu si Amril Zarif ni boleh ada di sini semalam. Sebelum aku keluar semalam, dia tiada pun. Entah bila dia sampai ke sini, aku sendiri tidak tahu. Aku mati-mati ingat dia adalah Airil.

"I tak sangka you macam ni." Suaranya kali ini mendatar, tidak sekeras tadi.

"I macam ni sebab you." Aku terus memberitahunya punca kenapa aku jadi begini.

"You salahkan I?"

"Airil, ni memang salah you." Anak mata kami bertembung.

"Kalau tak sebab you ni semua tak akan terjadi." Kalau bukan Airil, aku nak salahkan siapa? Puncanya semua datang dari dia.

"Kenapa dengan you, Farisya?" Rasanya perbualan antara kami tak akan berakhir dengan mudah.

"I dah buat keputusan nak kahwin dengan you tapi apa you buat?" Airil meneruskan lagi pertanyaannya. Dari caranya macam nak cakap dia baik sangat.

"You nak tahu tak? I rasa macam kejadian semalam tu dah bukak mata I. Sebenarnya you bukan perempuan yang baik-baik."

"Excuse me?" Terkebil-kebil mataku setelah Airil menghabiskan kata-katanya. Macam bercakap dengan diri sendiri!

"Cuba cermin diri tu dulu! You tu baik ke?!" Tanyaku kembali, suara naik seoktaf.

"Kalau you tu baik sangat, you tak akan ada niat pun nak ceraikan isteri yang mengandungkan anak you!"

Aku menempelaknya dengan satu kebenaran yang terbentang di depan mata. Kalau dia betul-betul baik, dia tidak akan ambil keputusan untuk menikahi aku. Dia tidak akan terfikir pun untuk duakan Ilya dan yang paling teruk, dia tidak langsung terfikir untuk ceraikan Ilya yang sedang mengandungkan anaknya.

Dan persoalan yang paling penting sekali. Kenapa kau masih lagi terkejarkan dia, Farisya?

"Jangan berlagak baik sangat Airil!"

"Sekurang-kurangnya I tak terfikir pun nak buat kita terlanjur. I nak you jadi milik I dengan cara yang halal."

Airil cuba membela dirinya untuk menunjukkan yang dia betul. Tapi pada pandangan mataku sekarang, dia salah. Dia bukan lagi seperti lelaki yang aku kenal dulu. Lelaki yang aku anggap sempurna ternyata ada cacat celanya. Lelaki yang aku harapkan ternyata hadir untuk mengecewakan aku. Lelaki yang aku inginkan cinta darinya ternyata sudah mati dengan kasih sayang.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now