"Kata reunion untuk kelas kita tapi kenapa dia tu ada kat sini?" Aku bertanya, memang aku tidak berpuas hati sekarang ini. Kalau sekarang ini musuh utamaku adalah Ilya tapi kalau dulu pula adalah Delina.
"Entah I pun tak tahu," ujar Tiara. Dia turut sama menunjukkan reaksi sepertiku.
"Dia tahu dari Edri. Semalam sampai 20 kali call aku sebab nak join sekali, aku cakap tak boleh. Alih-alih malam ni ada jugak." Hanim menerangkan bagaimana Delina yang bukan sekelas kami semua tiba-tiba saja boleh sesat. Disebabkan Hanim uruskan event pada malam ini, habis Delina pujuk rayu untuk turut serta pada malam ini.
"Menyampah aku tengok dia," kata Qaisara yang berada berhampiran. Kesemua yang duduk semeja dengan aku, mempamerkan reaksi yang sama.
Masa aku dan Iskandar memulakan sesi persekolah di sekolah baru, aku di tempatkan di kelas kedua dan Iskandar pula di kelas pertama. Selama setahun aku dan Delina berada di kelas yang sama sepanjang tingkatan empat, tempoh itu telah berjaya menjadikan aku musuh utamanya. Disebabkan Airil adalah lelaki yang dipujanya itu memilih aku, budak baru yang berpindah ke sekolah itu berbandingnya yang mengenali Airil lebih lama.
Dia sendiri yang memberitahuku yang dia tidak senang akan kehadiranku. Katanya, dia sudah lama sukakan Airil dan kehadiran aku telah memusnahkan angan-angan yang dikaitnya dari dulu lagi. Bukan setakat Delina sahaja, ada lagi yang tidak sukakan aku. Alasan yang sama seperti Delina, kehadiran aku selama setahun telah menghancurkan segala impian mereka.
Salah aku ke kalau Airil memilih aku berbanding mereka? Bukan ke cinta tidak boleh dipaksa?
Kenapa kau tak tanya soalan yang sama pada diri sendiri, Farisya?
Ketika aku sedang ralit teringatkan kenangan sepuluh tahun yang lalu, suara hati mula bertanya. Ada dua sisi yang berbeza di dalam diri aku, yang satunya menyokong apa yang aku lakukan ketika ini manakala sisi yang satu lagi pula sebaliknya.
Salah Ilya ke kalau Airil lebih memilihnya daripada kau? Bukan ke cinta tak boleh di paksa, Farisya?
Suara itu mula berlegar di segenap ruang mindaku, terus mempersoalkan tindakan aku ketika ini. Aku terus menidakkan persoalan itu dengan meletakkan salah kepada Ilya, sama seperti Delina katakan kepadaku dulu. Aku dan Delina berbeza, tiada ikatan antara mereka ketika Airil memilih aku tapi aku dan Airil terikat ketika Ilya dijadikan pilihan.
Ikatan apa yang kau maksudkan, Farisya? Antara kau dengan dia tiada sebarang ikatan.
Tiara tiba-tiba menegur aku, sekali gus mengusir suara itu dari terus bertanya. Dia kemudian bertanya sama ada aku okay atau pun tidak kerana kelihatan seperti gusar memikirkan sesuatu. Aku hanya berikan jawapan yang aku baik-baik sahaja.
Disebabkan serabut memikirkan soalan yang datangnya dari diri sendiri, aku meminta diri untuk ke tandas. Aku menghampiri sinki, pantulan dari cermin membuatkan aku tidak lepas dari terus memandang ke arah diri sendiri. Ada satu suara yang datangnya dari lubuk hati menyuruh aku berhenti dari melakukan semua ini tapi kenapa caranya seolah-olah sedang menyindir aku? Sudah gilakah aku saat ini? Seperti sedang berhalusinasi.
"Look who's here. Farisya."
Dari pantulan cermin, aku memandang ke arah si pemilik suara. Delina turut melakukan perkara yang sama, senyuman penuh makna diberikan untukku. Dia menghampiriku lebih dekat, tangannya mula disilangkan di dada.
"Nak tahu tak? Aku dah agak dari dulu lagi, Airil tu bukan serious pun dengan kau."
Aku merubah kedudukanku, aku mula memandang ke arahnya tanpa sebarang riak. Delina masih lagi mempamerkan reaksi sama, seperti sedang mengejek kisah aku dan Airil. Dia terus merapati aku, pandangan matanya menikam tajam anak mataku namun sedikit pun aku tidak gentar.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...