Bab 48

50.1K 3.3K 446
                                    

Seperti kebiasaannya pada setiap pagi, Zarif akan kejutkan aku untuk solat subuh. Tidak kira pada hari minggu atau hari biasa, itu akan menjadi rutin yang selalu dilakukan olehnya. Kalau dulu memang agak liat untuk aku bangun dan kadang-kadang disertakan dengan rungutan tetapi sekarang tidak lagi, sudah terbiasa dengan suaranya yang memanggil namaku pada setiap pagi. Kini aku sendiri rela menjadikan dia imamku ketika solat.

Aku perhatikan dia daripada belakang. Tangannya masih lagi setia dengan posisi yang sama, masih lagi berdoa kepadaNya. Perasaan yang sama sudah tersarang di jiwa dan mula menjalar masuk ke benak sanubari. Air mataku sudah penuh bertakung di empangannya, aku sendiri tidak tahu kenapa.

Mungkin kerana bibirku tidak mampu untuk mengaminkan doanya dan juga mungkin kerana mulutku terkunci ketika solat sebentar tadi. Selama ini aku hanya mengikut langkah Zarif sahaja tanpa mengungkap sebarang bacaan ketika solat. Terlalu leka dengan dunia dan terlalu bebas bergaul membuatkan aku semakin menjauh dengan Dia, terus dilupakan kerana terlalu asyik dengan tawaran dunia.

Apa yang telah aku lakukan sepanjang tempoh itu? Pertanyaan ini sukar untuk diberikan jawapan kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Air mataku gugur akhirnya. Gundahnya hati kerana ini dan hadirnya perasaan ini setelah aku menyedari tidak terhitung dosa yang aku lakukan. 

"Kenapa nangis ni?" Setelah mengaminkan doa, Zarif berpaling ke arahku.

"Tak ada apa-apa," dalihku sambil mencapai dan menyalami tangannya.

"Apa yang kau doakan? Kenapa selalu lama?" Soalku untuk mengubah topik perbualan kami setelah air mataku menjadi perhatiannya.

"Kita berdoa bukan untuk diri kita saja tapi sekali dengan orang disekeliling kita." Begitu tenang suaranya ketika berkata.

"Aku ada tak dalam doa kau?" Pertanyaanku dibalas dengan senyuman darinya.

"Ada dan sentiasa ada."

Perasaan gundah tadi hilang seketika setelah mendengarkan kata-katanya. Telekung aku buka dan melipatnya lalu disangkutkan di ampaian kayu berhampiran, begitu juga dengan sejadah. Zarif sudah bergerak ke arah ruangan kerja, gerak gerinya aku perhatikan apabila dia mencapai diarinya yang terletak di bahagian hujung almari. Aku rasakan itu diari baru kerana hari ini sudah masuk bulan lain.

"Kau memang suka tulis diari eh?" Pertanyaanku tidak dijawab, Zarif terlalu leka mencatatkan sesuatu pada diarinya. Terselit dengan senyuman yang cukup manis, macam orang tengah dilamun cinta.

"Amril Zarif!" Kali ini barulah dia menumpukan perhatian kepadaku.

"What?"

"Kau tak dengar ke apa yang aku tanya."

"Tanya apa?"

"Hish!" Aku hadiahkan satu jelingan kepadanya. Entah apa yang ditulisnya sampai tak dengar apa yang aku tanya. Makin membuak pula perasaan ingin tahu.

"Kau memang suka sangat ke dengan diari-diari ni? Nampak banyak sangat atas rak tu." Bibir dimuncungkan ke arah rak buku setelah aku menghampirinya.

"Kenapa?" Tidak semena-mena dia menutup diarinya setelah perasan akan kehadiranku.

"Aku yang patut tanya kenapa. So, kenapa kau suka sangat tulis diari?" Aku melabuhkan punggung di sebelahnya. Zarif dengan pantas meletakkan diarinya di atas meja kecil berhampiran.

"Ingatan kita tak sekuat yang kita bayangkan, Farisya." Zarif memulakan bicaranya, nada suaranya kedengaran tenang dan tidak kelihatan kelam kabut seperti tadi.

"Kalau lupa, aku boleh baca balik semuanya."  Sambil mulutnya berbicara, tangannya mula memeluk bahuku dan dia rapatkan kedudukan kami.

"Terutamanya kenangan yang terindah, aku nak ingat sampai bila-bila."

Bukan Untuk DimilikiOnde histórias criam vida. Descubra agora