Bab 11

49.4K 3.2K 371
                                    

Hari kedua berada di Bali, Tiara masih lagi sibuk dengan kerjanya. Pagi-pagi lagi dia sudah bersiap untuk ke tempat shooting dan seperti semalam aku akan bersarapan bersendirian. Kelibat Rayqal juga tiada di sini seperti pagi sebelumnya, mungkin tidur lagi.

"Farisya."

Aku buat-buat tak dengar apabila suara itu kedengaran memanggil namaku, langkah aku semakin laju apa suara itu sekali lagi memanggil nama aku. Menyampah!

"You sengaja buat-buat tak dengar kan?!" Kali ini Airil sepertinya sudah hilang sabar dengan aku yang tidak endahkannya. Tanganku yang direntap kasar membuatku terdorong untuk memandang ke arahnya.

"Yes! Memang I sengaja!" Aku berkata separuh menjerit, nasib baik ketika ini tidak ramai orang yang berada berhampiran dengan kami.

Sebenarnya ketika bersarapan lagi aku perasan dia berada berhampiran dengan aku, isterinya tiada sekali. Sesekali ada juga pandangan mata kami bertaut tapi aku tak hiraukannya. Selesai saja bersarapan, aku ingin kembali semula ke bilik tapi entah macam mana dia boleh berada di sini.

"You dah tak sayangkan I ke?" Tangaku digenggamnya ketika dia pertanyaan itu diajukan. Kenapa terdesak sangat Airil ketika ini?

"Buat apa I nak sayangkan lelaki yang buang I dari hidup dia?!" Aku rentap kembali tangan yang digenggamnya. Airil memang menguji kesabaran aku ketika ini, sudah lupakah dia tentang apa yang di katakan ketika di majlis resepsinya tempoh hari?

"Tengah jilat balik ludah ke apa ni?"

Pertanyaanku kedengaran begitu sinis sekali, aku dah tak ada masa nak jaga hatinya sedangkan hatiku disakiti tanpa belas kasihan. Airil agak terpana dengan pertanyaanku. Farisya yang dia kenal dulu sudah tiada, aku jadi begini kerana dia.

"I tak kisah apa you nak cakap, I masih lagi sayangkan you." Airil semakin mendekati, aku sudah mula berasa tidak selesa dengan kelakuannya yang sekarang.

"Saya bahagia dengan hidup baru saya, salah ke?" Aku mula mengejek apa yang dia katakan tempoh hari, matanya aku pandang sedalamnya.

"Tapi dah takdir, jodoh kita dah tak ada. Saya bahagia dengan isteri saya."

Aku teruskan lagi mengejeknya, mukanya sudah membahang kerana itu. Aku rasa puas sangat apabila Airil memberi reaksi sebegitu, sakit yang aku rasakan pada hari itu tidak setimpal dengan apa yang dia rasakan ketika ini.

"I love her and I love her more than I loved you before." Aku teruskan lagi tanpa mempedulikannya.

"Enough, Farisya!"

"Do you still love me?" Kali ini ajukan soalan yang sama aku tanyakan kepadanya pada malam itu, mataku sudah berkaca ketika memandangnya.

"No!" Aku memberikan jawapan yang sama dia berikan, air mata jatuh lagi kerananya.

"Congratulations, Airil!" Aku tepuk tanganku dengan air mata yang semakin deras mengalir, dada sepertinya berombak menahan sebak. Airil turut sama menangis selepas itu, dia sepatutnya gembira kerana dia sudah berjaya membuatkan aku sengsara selepas ditinggalkan dengan cinta yang direjamnya tanpa penghujung.

"You did it! Sakit sangat! Puas hati kan?!"

"I'm sorry." Ucapan maafnya itu datang bersama pelukan untukku, aku menangis di situ dengannya. Ini merupakan kali pertama dia memelukku, entah kenapa aku ingin menangis di pelukan ini sepuasnya. Mahu tinggalkan rasa sakit yang berpunca darinya.

"Saya terpaksa Farisya, saya nak teruskan hubungan kita tapi saya tak mampu. Mama terlalu mendesak saya untuk berkahwin dengan Ilya."

Airil boleh masuk kategori anak mak memandangkan dia sahaja yang tinggal bersama mamanya selepas penceraian berlaku. Sebab itu dia rapat dengan Aunty Aliyah sampai nak bangkang kata-kata mamanya tak pernah terlintas, lagi pun syurga anak lelaki terletak pada ibunya? Siapa aku untuk menindakkan perkara ini?

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now