"Zarif."
"Hmm."
"You don't have to do this."
Dia mula memberi sepenuh perhatian kepadaku setelah aku berkata sebegitu, sudu kembali diletakkan di tepi pinggan. Semenjak aku luahkan perasaanku terhadapnya, dia banyak berubah dan aku tidak sukakan perubahan itu. Dia cuba untuk menjadi yang terbaik untukku tetapi aku sukakan dirinya yang lama.
"You don't have to bring home a bouquet of flowers for me and you don't have to prepare this candle light dinner for me."
Dia pernah bertanya apa ciri-ciri suami idaman yang aku inginkan. Apabila aku menyatakan ciri-ciri itu kepadanya, keesokan hari Zarif belikan aku sejambak bunga ros merah. Hari ini pula dia tiba-tiba ajak aku keluar makan dan ternyata bukan makan malam yang biasa-biasa kerana yang ada di restoran ini hanya kami berdua.
"Aku bukan tak suka tapi Zarif, aku boleh nampak yang kau buat benda-benda yang kau tak pernah buat sebab aku." Aku menerangkan apa yang aku perhatikan sejak dua hari ini. Dia lakukan semua ini seperti terpaksa.
"It looks too obvious?" Bibirnya mengukirkan satu senyuman nipis.
"Yes."
"I want to make you happy."
"I will be happy if you stop doing this." Mana mungkin kebahagiaan itu datang kalau dilakukan dengan keadaan terpaksa.
"Aku nak jadi suami yang kau inginkan." Dia terus berkata lagi.
"Kau dah jadi suami yang aku inginkan." Aku bantah apa yang dia katakan.
"But..."
"Suami yang aku idamkan romantik, mulut manis dan yang tahu nak ucapkan kata-kata cinta." Aku berhenti sejenak dan memandang ke arahnya.
"Tapi itu dulu, sebelum aku kenal kau. Suami idaman aku sekarang ini adalah kau." Tawa halus terlepas apabila teringatkan bagaimana aku boleh jatuh cinta dengannya.
"Kau jarang bercakap dengan aku, kalau buat sesuatu kau akan lupakan dan susah sangat nak luahkan." Apa yang ada pada dia sangat bertentangan dengan apa yang aku inginkan.
"But I'm in love with you because you're different from others." Aku berkata lagi, rasa cinta yang kurasakan ini hadir kerana dirinya yang berlainan dari yang lain.
"So, bolehkan kau berhenti jadi acah-acah romantik macam ni?" Tanyaku sambil ketawa dan dia juga turut melakukan perkara yang sama.
"Terima kasih sebab faham yang aku bukan jenis lelaki yang macam tu."
Aku hanya balas dengan senyuman yang nipis dan Zarif kembali menyambung suapannya yang tergendala. Aku perhatikan persekitaran restoran yang merupakan restoran yang sama aku bawa Ilya dulu. Dulu aku pernah bersumpah untuk mendapatkan suaminya kembali tetapi hari ini, aku berada di sini dengan lelaki lain. Lelaki yang sudah bergelar suamiku.
"Kenapa tak makan? Tak sedap?" Zarif tiba-tiba bertanya apabila terpandangkan aku yang termenung.
"Teringat kisah lama," jawabku dengan tenang dan cuba untuk makan kembali.
"Lupakan kisah lama tu. Makan la dulu."
"Tak lapar."
"Pulak dah," tingkahnya apabila aku berkata sebegitu.
"Lagi suka makan kat dapur dan kau yang masak."
Aku menguis-nguis nasi di dalam pinggan dengan sudu dan Zarif masih lagi setia memandang ke arahku. Makin lama makin perangaiku dengannya semakin mengada-ngada dan kalau boleh aku nak dekat dengan dia sentiasa. Tapi langkahku ini sebenarnya baik untuk hubungan kami yang masih lagi baru dan kalau nak harapkan Zarif sampai ke sudah tak ada apa-apa perubahan antara kami.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...