Bab 10

54.5K 3.5K 720
                                    

Melihatkan pantulan diri di cermin, aku ukirkan satu senyuman. Rayqal hadiahkan dress berwarna hitam kepadaku, katanya sesuai dengan aku yang kulit putih melepak. Puas melihat penampilan diri, aku mula mencapai tas tangan. Selepas Rayqal menghantar aku ke bilik ke petang tadi, dia ajak aku untuk pergi dinner pada malam ini.

"Tia? You tak nak keluar makan ke?" Aku menoleh ke arah Tiara yang berselubung di dalam gebar, kepenatan kerana dari awal pagi lagi dia sudah keluar.

"Tak nak lah, I dah makan petang tadi. You pergi lah dengan Rayqal," jawabnya. Mata masih lagi terpejam ketika dia menjawab soalanku. Bagus juga dia menolak, boleh aku keluar makan berdua dengan Rayqal.

"Good night, Tia." Aku menutup suis utama, hanya ada lampu tidur yang menyinari bilik yang gelap itu.

Keluar saja dari situ, aku terus mencari kelibat Rayqal kerana dia sudah berjanji untuk tunggu di sini pada jam lapas malam namun hampa. Dia tiada di situ, kaki terus melangkah menuju ke tempat yang kami persetujui untuk makan malam. Rambut yang aku lepas begitu saja sesakali ditiup angin.

"Farisya kan?"

Mendengarkan panggilan itu sudah cukup membuatkan aku meluat. Padahal aku baru mendengar suaranya sekali sahaja; pagi tadi namun tidak lagi asing buat telingaku. Suara musuh agaknya, itu yang menyebabkan aku ingat suaranya.

"Jumpa lagi," kata Ilya ketika aku menoleh ke arahnya. Senyuman plastik aku berikan untuknya dan Airil disisinya aku pandang sekilas. Tengok muka Ilya membuatkan aku menyampah! Walaupun aku menyampah dengan Iskandar tapi sekarang ini Ilya sudah rebut tempat itu.

"Nak pergi mana?" Dia bertanya lagi. Kalau tak kerana kami berada di tempat awam, sudah lama aku humban Ilya dalam laut.

"Dinner," jawabku pendek.

"Sama la, sorang je ke?"

Ilya ni kenapa sebenarnya? Dia memang ingat aku ni betul-betul kawan Airil masa sekolah dulu ke? Kalau dia tahu aku ni bekas kekasih Airil selama sepuluh tahun, agaknya apa reaksi dia?

"Mana ada sorang, berdua ni." Rayqal entah macam mana, tiba-tiba saja muncul di tepiku. Tangannya mula dilingkarkan di bahuku.

"Sorry I lambat sayang," bisiknya di telingaku tapi aku sempat melihat keruhan di wajah Airil.

"Pagi tadi I tak sempat nak kenal dengan dorang." Rayqal mula berkata lagi dengan intonasi yang meleret. Aku faham maksudnya, akal mula terfikirkan sesuatu.

"Kenalkan, ni Airil. Kawan I masa masa sekolah dulu."

Satu senyuman sinis aku berikan kepada Airil, ambik kau! Cara yang sama aku gunakan ketika dia kenalkan aku kepada Ilya. Kawan masa sekolah

"Oh- I see. Kawan yang you selalu cerita tu kan?"

Rayqal sepertinya sengaja bertanyakan soalan itu, Airil sudah mula terpinga-pinga. Riak wajahnya seperti ingin tahu apa yang aku ceritakan pada Rayqal.

"Cerita apa?" Ilya yang terlebih dahulu membuka mulut untuk bertanya.

"Tak ada apa-apa, cuma cerita masa sekolah dulu." Aku menjawab pertanyaan itu namun Airil dan Ilya tayang muka tak puas hati dengan jawapan yang aku beri.

"Dah lambat ni, jom pergi." Rayqal mengajak aku untuk pergi. Senyuman aku berikan kepada Airil dan Ilya.

"Kami nak kena pergi, cuma nak pesan something. Suami you ni banyak peminat masa sekolah dulu, hati-hati."

Itu pesanan yang aku berikan kepada Ilya, raut wajah Airil semakin berubah. Tapi memang betul apa yang aku cakap, ramai peminat sewaktu sekolah dulu. Pada pandangan mata aku, dia sempurna luar dan dalam tapi semua itu hilang semenjak dia memilih pilihan mamanya.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now