Bab 33

46.1K 3K 447
                                    

"Itu mungkin keputusan terbaik. Kahwin dengan dia." Iskandar berhenti sejenak, sepertinya sedang memikirkan sesuatu.

"Bukan mungkin, tapi memang keputusan yang terbaik." Dia membetulkan kata-katanya kembali. Aku rendahkan egoku pada petang ini untuk bercakap dengannya. Iskandar orang yang penting dalam hidupku, jadi aku patut tanyakan pendapatnya dahulu.

"Aku ada masa tu, masa dia bagitahu papa yang dia nak kahwin dengan kau." Iskandar berkata lagi, aku hanya mendengar.

"Dia kata, semua tu salah dia dan dia nak perbetulkan salah itu."

Kenapa dia mengaku salah yang bukan datangnya dari dia? Sedangkan malam itu terjadi keranaku. Dalam menyampahku terhadapnya, timbul satu rasa untuk menerimanya. Dia mengaku dia salah, kalau lelaki lain sudah tentu akan letakkan salah itu kepada aku dan tidak mungkin sama sekali sampai ke tahap untuk menikahiku.

"Aku nakkan yang terbaik untuk kau dan aku yakin Am adalah yang terbaik." Iskandar meneruskan lagi kata-katanya untuk meyakinkan aku.

"Berapa hari je dia ada dalam rumah ni? Tak sampai seminggu Is. Kau dah percayakan dia?" Tanyaku untuk membantah keputusan yang sudah aku setujui.

"Tak sampai seminggu dia ada kat sini, masa solat subuh, dia imamkan kami. Malamnya pulak sama," ujar Iskandar. Memang betul-betul puji atau untuk membodek aku?

"Aku puji dia bukan saja-saja. Apa yang aku kata ni berdasarkan apa yang aku tengok."

Macam-macam tahu je aku fikirkan perkara itu.

"Terima dia."

Aku sudah menerimanya sebagai suami tapi atas dasar cabaran supaya dia menyesal. Tapi aku masih ragu-ragu dan jauh di sudut hati keliru dengan perasaan sendiri. Betulkah aku menerimanya kerana cabaran atau aku dustakan satu perasaan?

"Malam tu bukan salah dia- Kan?" Ditarik nada suaranya sebelum menyebut perkataan terakhir. Iskandar memandang ke arahku, aku hanya membisu tanpa kata-kata.

"Tapi dia tetap mengaku salah dia." Iskandar ulangi lagi ayat yang sama.

"Tak sampai seminggu, takkan aku nak terus terima dia. Kenal gitu-gitu je." Aku teruskan memprotes.

"Aku dengan Ayreen kahwin dulu pun terpaksa, berada dalam situasi macam kau. But the end, aku cuba terima dia."

Iskandar ingatkan aku mengenai perkongsian hidupnya dengan Ayreen atas dasar terpaksa. Akhirnya tiada lagi istilah paksaan dalam kehidupan mereka setelah kedua-duanya lembutkan hati untuk menerima antara satu sama lain. Bahagia yang meniti hari-hari mereka.

"Apa yang kita benci akan mula jadi sayang. Bila dah tiada, akan menyesal tak sudah."

Mungkin kisah mereka sudah biasa di dengari, Iskandar berkahwin dengan Ayreen kerana paksaan. Apabila bahagia itu datang, Ayreen kembali kepada Sang Pencipta. Bencinya Iskandar dulu pada Ayreen membawa penyesalan ke hari ini kerana terlalu ego dengan perasaan sendiri.

"Fikir dua kali kalau nak bencikan orang, mungkin orang tu jugak akan jadi orang yang paling kita sayang. Bila dia pergi, susah untuk dilepaskan."

Mungkin kedengaran klise tapi betul apa yang Iskandar katakan. Ego kami sama, sama-sama tipu perasaan sendiri. Apa yang aku rasakan sekarang, ada perasaan untuknya yang aku dustakan dan ada satu keinginan dalam diri yang aku nafikan.

"Aku cuba jadi abang-"

"Adik." Aku betulkan hubungannya denganku, kadang-kadang aku rasakan dia abang aku.

"Yang terbaik untuk kau tapi aku rasa aku gagal."

Sama macam papa kata, dia gagal. Dia bawa Aunty Aliyah sebagai pengganti mama untuk ubah perangaiku tapi sebaliknya terjadi. Sekarang ini, Iskandar cuba untuk lakukan perkara yang sama. Hadirkan Zarif ke dalam hidupku supaya aku berubah.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now