Sepanjang penerbangan selama enam belas jam, aku tidur dan langsung tidak pedulikan Zarif di sisiku. Biar dia rasa macam mana aku rasa apabila tidak dipedulikan dan diperlakukan seolah-olah tidak wujud. Aku terasa hati dengannya yang gagal menjawab siapa aku padanya. Kenapa terlalu susah untuk dia nak jawab sedangkan dia pernah berkata yang dia terima aku seadanya sebagai seorang isteri?
Kami tiba di Malaysia kira-kira jam sembilan pagi dan terus mengambil teksi untuk pulang ke rumah. Sewaktu tiba di lapangan terbang tadi, Zarif cuba bercakap denganku namun aku abaikan dia. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan masalah ini. Aku terlalu terluka dan kecewa dengan sikapnya.
Sampai saja di rumah, kami disambut oleh Iskandar yang membuka pintu utama. Matanya terkebil-kebil memandang ke arah aku dan Zarif. Tanpa mempedulikan pandangan darinya, aku masuk ke dalam dan Zarif turut melakukan hal yang sama.
"Papa! Am dengan Risya balik ni." Tanpa bertanyakan alasan kenapa aku dan Zarif pulang terlebih awal, dia sudah berteriak memanggil papa.
"Bukan ke tiga hari lagi baru balik?" Iskandar sudah mula bertanya kebingungan.
"Am? Risya? Kenapa dah balik?" Kali ini papa pula yang bertanya. Dia dan Aunty Aliyah kelihatan risau melihatkan kami yang sepatutnya pulang tiga hari lagi.
"Aaa—"
"Risya tak sihat, malam tadi terus ambil flight untuk balik." Melihatkan Zarif tidak dapat memikirkan alasan, aku terus berkata.
"Sampai sana terus demam. Baik balik teruskan?" Bohongku supaya mereka tidak bertanya lagi.
"Kebetulan kami tengah breakfast, jom makan sekali." Aunty Aliyah tiba-tiba mencelah perbualan antara kami.
"Tak apalah. Risya rasa sakit kepala sangat, nak rehat." Aku terus memberi alasan lain untuk lari dari situasi ini.
Tanpa melengahkan masa, aku terus mendaki tangga untuk ke bilik. Sampai saja, aku terus rebahkan tubuh di atas katil. Badanku terasa letih, fikiranku terlalu kusut dan hatiku terlampau kecewa. Pandangan mataku ralit memandang siling yang berlatarkan pemandangan langit. Aku cuba untuk mengusir bayangan kejadian semalam, namun fikiranku terus mengingatkan aku tentang kejadian semalam.
Agak lama aku termenung sambil memandang siling tanpa menyedari masa sudah berlalu. Tombol pintu dipulas dan kedengaran suara Aunty Aliyah memanggil namaku. Dia meletakkan sesuatu di atas meja lampu berhampiran katil. Aku masih lagi mengekalkan posisi tidurku, mengiring ke arah bertentangan dengannya.
"Aunty ada masakkan bubur ayam."
"Letak je kat situ," ujarku dengan suara yang mendatar.
Aku ingatkan dia akan keluar selepas aku kata begitu tetapi dia ambil tempat duduk di sebelahku. Tangannya naik mengusap kepalaku dan singgah di dahi, menyentuhnya seketika. Aku tidak tahu kenapa tetapi aku tiba-tiba saja rindukan mama. Aku nak peluk dia dan nak beritahu dia yang lelaki tak guna macam Zarif tidak mampu mengatakan aku adalah isteri kepadanya.
"Am ada buat benda-benda tak baik pada Risya ke?" Aunty Aliyah bertanyakan soalan itu dan aku ingin sekali menjawab dengan jawapan ini.
Kedua-dua anak kau begitu hebat memainkan perasaan aku. Amril Zarif dan Airil Zafran mempunyai cara tersendiri untuk kecewakan aku.
"Masa aunty berpisah dengan papa dia, Amril nak tinggal di Malaysia. Tapi paksaan dari papa dia, Amril mengalah dan juga sebab masa tu dia risaukan Azril yang penjagaannya dapat kepada bekas suami aunty." Tanpa dipinta, Aunty Aliyah ceritakan tentang Zarif.
"Dia dengan Azril pergi ke England, tinggal kat sana. Bila papa dia nak kahwin, Amril jadi memberontak." Aku hanya mendengar kisah diceritakan kepadaku. Ini kali pertama, aku tahu mengenai Zarif.
YOU ARE READING
Bukan Untuk Dimiliki
RomancePertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia se...