Bab 24

41.7K 2.6K 324
                                    

Aku perhatikan Airil yang sedang meneliti sampul surat berwarna putih itu, mata menjamah setiap inci permukaan sampul surat itu. Dia mengeluarkan isi di dalamnya; beberapa keping gambar, wajahnya terus mempamerkan kerutan. Ada riak gusar dan gelisah pada masa yang sama, mukanya membahang selepas meneliti gambar itu. Garis-garis amarah mula timbul, rambutnya dikuakkan ke belakang.

Aku terus memandang ke arah Airil dari tingkat atas, peti surat itu ditutupnya kasar. Dia terus melangkah masuk ke dalam rumah dengan kadar yang segera, aku ukirkan satu senyuman yang sinis. Rasanya drama bakal berlangsung depan mata aku sekarang ini lebih hebat dari drama-drama yang disiarkan di kaca televisyen.

"Ilya!"

Aku mengintai di sebalik pintu memandangkan bilik Airil dan Ilya berada bertentangan dengan bilik aku. Ilya sudah keluar dari bilik untuk bertemu dengan Airil yang memanggil namanya, aku sudah bersedia untuk menonton drama ini.

"Ni apa?!" Gambar itu dilemparkan ke arah Ilya.

Dua hari lepas, aku dan Nadzhan merancang pertemuan antara kami bertiga. Jejak saja kaki ke butik yang Ilya bawa aku, terus aku hubungi Nadzhan untuk melaksanakan rancangan kami. Bermula dari kereta yang ingin melanggar Ilya sehinggalah kami bertiga masuk ke dalam restoran untuk makan tengah hari, semuanya rancangan aku.

Sedang kami bertiga makan tengah hari, aku meminta diri untuk ke tandas. Di sini, aku serahkan semuanya kepada Nadzhan untuk lakukan apa saja supaya kepercayaan Airil terhadap Ilya goyah. Gambar yang Airil lemparkan sebentar tadi adalah babak yang Nadzhan lakonkan.

"Lelaki tu siapa?" Airil menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Suaranya sedikit tenang berbanding tadi.

"Dua hari lepas kan Lya ada cerita yang Lya hampir kena langgar. Dia yang selamat Lya." Ilya pula bersuara untuk mempertahankan dirinya.

"Kena langgar? Dalam restoran? Kenapa sampai berpengangan sampai macam ni?" Airil terus mengasak Ilya dengan soalan.

"Abang tak percayakan Lya?" Tanya Ilya dengan suara yang lirih. Perasaan gembira mula melonjak tatkala terpandangkan wajah Ilya.

"Airil? Ilya? Kenapa ni?" Aku keluar dari tempat persembunyian bersama dengan satu pertanyaan.

"Kak Sya." Ilya menghampiriku dengan mempamerkan memek muka sedih. Dia kini boleh dikatakan agak rapat dengan aku.

"Kenapa?" Aku bertanya lagi, Airil sudah meraup mukanya berkali-kali.

"Abang tak percaya, Kak Sya ada sekali kan dua hari lepas?" Ilya berkata untuk meyakinkan Airil, dia ingin aku menerangkan apa yang terjadi dua hari yang lalu.

"Farisya ada sekali? Dalam gambar ni, ada dua orang je! Ilya dengan lelaki ni!" Jerkah Airil sehingga Ilya yang berada di sisiku terkejut.

"Airil, cuba bawak bertenang dulu."

"You jangan masuk campur, Farisya!" Kali ini aku pula yang terkejut, ini kali pertama dia memarahi aku. Kalau dulu tinggikan suara pun tidak pernah tapi kali ini siap jerkah lagi.

"Ilya tinggalkan kami berdua boleh? Biar akak yang terangkan pada Airil. Boleh?" Aku meneruskan lakonanku dengan memujuk Ilya supaya tinggalkan aku dan Airil.

"I'll explain everything, Ilya jangan risau okay?" Kataku dengan yakin, dia menurut kali ini. Ilya mula turun ke tingkat bawah untuk memberi ruang kepada aku dan Airil.

Aku tunduk sedikit untuk mengutip gambar yang bertaburan di atas lantai. Gambar di mana Nadzhan cuba mengelap air yang tertumpah pada baju Ilya dan ada beberapa adegan yang membuatkan Airil panas. Nadzhan memberitahuku yang sebelumnya dia sengaja tumpahkan air ke atas baju yang di pakai Ilya.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now