Bab 61

48.1K 3.2K 555
                                    

Kereta yang kupandu meluncur laju membelah jalan raya, sesekali aku membelok apabila terpandangkan kereta yang menghalang laluanku. Bunyi hon yang membingitkan telingaku kedengaran setiap kali aku berselisih dengan kereta, mereka memberi amaran yang cara pemanduanku ini tidak disukai. Namun aku tidak peduli, asalkan aku sampai ke tempat itu dengan kadar yang segera.

Aku membelok ke kiri apabila melihat signboard yang tertera, pemanduanku diperlahankan apabila memasuki kawasan sebegini. Kereta dipakirkan di bahu jalan dan aku segera menuju ke arah padang yang terletaknya bertentangan dengan kawasan sekolah. Masih lagi ada beberapa orang pelajar di situ walaupun sudah lewat petang, langkahku dipercepatkan menuju ke bangku setelah menyusuri tempat parkir kereta.

Puas aku mencari namun Iskandar tiada di sini. Selalunya apabila dia rindukan Ayreen, dia akan datang ke sekolah. Bila aku tanya kenapa, dia kata kisah mereka bermula di sini. Paling Iskandar ingat adalah ketika dia dengan Ayreen pernah didenda berlari mengelilingi padang sebanyak enam kali, semuanya gara-gara simbah-menyimbah air ketika latihan rumah sukan. Paling teruk kedua-duanya merupakan pemimpin pelajar.

Takkan la ke sana? Aku mula terfikir satu tempat lagi tempat tapi tak mungkin. Sudah setahun lebih Ayreen pergi tapi hanya dua kali Iskandar ke sana, pada hari pengebumian dan pada hari ulang tahun perkahwinan mereka namun dia pulang dalam keadaan tidak sedarkan diri, pengsan. Masih terbawa-bawa kenangannya bersama Ayreen, kenangan yang sudah terhenti kerana ajal memisahkan mereka.

Aku masuk ke dalam kereta kembali kemudian memandu ke tanah perkuburan. Dari jauh sudah kelihatan kereta milik Iskandar, aku pakirkan kereta disebelahnya. Kaki ingin melangkah masuk ke dalam namun aku ternampak dia yang sedang duduk termenung di bawah wakaf.

"Is?" Aku mencuit bahunya, pandangan matanya yang kosong itu masih lagi terhala ke tempat yang sama.

"Iskandar?" Panggilku, bahunya dicuit lagi. Apabila dia perasan aku ada di sini barulah aku labuhkan punggung di sisinya.

"Kau okay tak?"

Dia meraup mukanya beberapa kali. Aku boleh lihat yang sepasang mata itu bengkak, saki-baki air matanya juga ada. Iskandar cuba mengembalikan dirinya yang selalu namun kesedihan yang dia rasai tidak dapat disembunyikan dari pengetahuanku. Nafasnya kedengaran berat setelah itu.

"Macam mana kau boleh tahu aku ada kat sini?" Dia bertanya sambil menguakkan rambutnya ke belakang.

"Aku pergi sekolah tadi, kau tak ada kat situ. Rasa macam ada kat sini." Aku menjawab pertanyaannya, raut wajah yang menyimpan beribu duka itu aku tatap seketika.

"Is."

"Yes?"

"Tak payah sorok, kat sini tak ada orang." Aku sudah meninjau kawasan tanah perkuburan ini ketika sampai tadi, hanya aku dan dia sahaja yang ada di sini.

"It's okay to cry. Lelaki pun boleh menangis," kataku sambil menarik kepalanya ke bahu aku.

"Kadang-kadang air mata bukan bermaksud kelemahan." Esakan halus aku dengari selepas itu.

"Pernah dengar tak, crying doesn't mean a person is weak but it means a person has a heart." Aku menepuk bahunya beberapa kali, tangisannya semakin kuat kedengaran.

"Kau ada hati dan perasaan, biasa lah rasa macam ni."

"Aku rindu dia."

Raut wajah yang menyimpan beribu duka itu memandang ke arahku seketika sebelum juraian air mata menemaninya kembali. Faris Iskandar yang sentiasa ceria, Faris Iskandar yang tahu menghiburkan orang disekelilingnya dan Faris Iskandar yang selalu tersenyum tetapi mampu mengalirkan air matanya dalam sesaat kerana dua orang insan yang sudah dijemput Ilahi. Kerana mama dan juga kerana Ayreen.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now