Bab 39

46.8K 3.2K 238
                                    

Dari luar tingkap pesawat, pandangan mataku dijamu dengan kepulan awan berlatarkan langit yang gelap. Aku mengerling ke arah Zarif yang masih lena disisiku, memikirkan kejadian seminggu lalu aku terus palingkan wajahku ke arah lain. Sudah seminggu berlalu semenjak aku melihat Zarif bersama-sama dengan perempuan yang tidak dikenali dan sampai sekarang aku mogok dari bercakap dengannya.

Ada beberapa kali dia bertanya soalan yang sama, adakah dia ada melakukan kesalahan terhadapku. Aku balas dengan jawapan seperti biasa. Sudah seminggu berlalu, takkan dia langsung tidak dapat mengagak yang aku marahkan dia? Dalam tempoh ini, takkan dia tidak sedar langsung perubahan sikapku ketika bercakap dengan dia? Naif sangat ke sampai tidak tahu aku sedang marahkan dia?

Malas memikirkannya, aku cuba untuk tidur. Sepanjang penerbangan ini, aku langsung tidak dapat tidur kerana terlalu memikirkan Zarif dan perempuan itu. Setelah beberapa kali mencuba, aku putuskan untuk tidak tidur. Aku menyambung termenung seperti tadi dan sesekali aku menatap wajah Zarif yang sedang lena di sisiku.

Sepanjang tiga minggu kami berkahwin, dia menjadi peneman tidurku. Apabila aku bangun dari tidur, wajahnya akan menjadi perkara pertama yang aku lihat. Tidak terlalu awalkah jika aku kata, hatiku merasakan sesuatu apabila melihat dia dan jantungku akan memainkan irama, berdegup kencang apabila dia tersenyum ke arahku?

Setiap kali aku memandang sepasang mata miliknya, perasaan rindu yang datangnya entah dari mana bagaikan terubat. Pada minggu kedua kami berkahwin, aku ingatkan hatiku yang aku hanya keliru dengan perasaan sendiri. Mungkin aku keliru yang dia adalah Airil, cinta pertamaku membuatkan aku merasakan benda yang sama apabila berhadapan dengannya.

Apa yang kau dah buat pada aku, Zarif?

Masuk minggu ini, aku rasakan yang aku bukan keliru. Aku sudah dapat lupakan Airil dan ingatan mengenainya sudah lupus. Perasaanku terhadap Zarif tiada langsung kaitannya dengan Airil. Perbezaannya dengan Airil terlalu banyak dan aku yakin perasaan cinta yang kurasakan ini mekar untuknya kerana dia, Amril Zarif.

Bagaikan cinta pertama yang hilang datang kembali. Tapi rasanya, aku saja yang merasai semua itu. Mana mungkin dia cinta pertamaku kerana pertemuan kami bermula pada malam itu, malam yang aku sangkakan dia adalah Airil.

Tanpa aku sedari, destinasi yang kami tuju akhirnya tiba setelah hampir enam belas jam berada di atas pesawat. Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarbangsa Kuala Lumpur tiba di Florence Airport. Aku pernah jejakkan kaki di Itali beberapa tahun yang lalu dengan Iskandar, kami hanya sempat ke Rome dan Florence. Ini kali pertama aku akan ke Venice.

Mengikut percangan, kami akan berehat dahulu di hotel berhampiran sebelum bergerak ke Venice. Iskandar sudah menguruskan segala-segalanya untuk memudahkan percutianku dengan Zarif, termasuklah penempahan bilik hotel. Aku hanya membiarkan Zarif berurusan dengan penyambut tetamu.

Selesai urusan di situ, aku dan dia terus bergerak ke bilik kami. Dengan langkah yang longlai, aku menuju ke katil lalu menghempaskan badan ke atasnya. Keempukan tilam membuatkan aku rasa begitu selesa sekali, mata sudah terpejam dan sudah bersedia untuk berlalu ke alam mimpi. Sepanjang tempah hampir enam belas jam, aku langsung tidak tidur dan malam sebelumnya aku hanya sempat tidur selama empat jam sahaja.

"Jom pergi makan." Suara Zarif kedengaran, mengajakku keluar mencari makan. Aku tidak memberi sebarang jawapan. Soal makan aku letakkan ke tepi dahulu, aku ingin tidur ketika ini.

"Tak apa lah, kau tidur la." Zarif mengalah dan aku teruskan tidurku yang tergendala tadi.

❀❀❀

"Farisya, bangun. Nak dekat maghrib dah ni." Aku terjaga dari tidur selepas mendengar suara tu memanggil namaku, sesekali bahuku disentuh.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now