Bab 30

51.6K 2.7K 786
                                    

Dua hari lepas, seperti yang dirancang aku ajak Ilya keluar makan. Dari situ aku berterus terang dengannya mengenai siapa aku pada Airil dan bagaimana hubungan kami dulu, cuma aku tidak ceritakan lagi bagaimana hubungan kami sekarang. Biar dia sendiri tahu dan aku ingin lihat sendiri bagaimana hancurnya perasaan dia bila ditinggalkan. Dia patut rasa apa yang aku rasa.

Aku saksikan sendiri yang Ilya bukannya baik seperti aku jangkakan. Dia sudah tahu yang aku adalah punca keretakan rumah tangganya dengan Airil. Patutlah masa aku ajak dia keluar dulu, dia tidak selesa dengan cara aku memeluknya. Rupanya dia sudah dapat mengagak siapa musuh dalam selimut yang menjadi racun dalam rumah tangganya. Bagus juga kalau dia tahu, tak perlu aku berpura-pura lagi.

Semalam aku ada mencuri dengar perbualan antara Airil dan Aunty Aliyah, dia berterus terang dengan mamanya untuk menceraikan Ilya. Reaksi yang Aunty Aliyah berikan membuatkan aku tersenyum puas. Bagaimana hancur perasaannya begitu juga hancur perasaanku ketika dia aturkan perkahwinan untuk Airil dengan orang lain. Sangat puas setiap kali aku teringatkan reaksi wajahnya.

Kalau dia tidak memaksa Airil, semua ini tidak akan terjadi. Kalau dia tidak pisahkan aku dan Airil, tidak akan ada sesiapa pun yang bakal berendam dengan air mata. Kalau dia tidak jodohkan Airil dengan Ilya, tiada hati yang akan terluka nanti. Semuanya berpunca dari Aunty Aliyah, dia yang mulakan permainan ini. Untuk hentikannya, Ilya perlu merasa sakit ditinggalkan sama seperti yang aku rasa.

"Airil nak berpisah dengan Ilya, Airil akan ceraikan dia."

Itu yang Airil katakan sehingga membuatkan Aunty Aliyah terpana sendirian. Reaksi di wajahnya kelihatan terkejut selepas mendengarkan kata-kata yang keluar dari mulut anaknya sendiri.

"Airil sedar tak apa yang Airil cakap ni? Ilya tengah mengandung, Airil nak ceraikan dia?"

"Mama sendiri kan yang cakap suruh cuba terima dia sebagai isteri. Airil dah cuba dan Airil tak dapat nak terima dia sebagai isteri."

Sebenarnya aku sendiri agak terkejut mendengarkan kata-kata Airil. Dia tidak pernah bangkang apa yang mamanya katakan, apatah lagi menjawab mahupun meninggikan suara ketika bercakap dengan Aunty Aliyah. Kerana aku dia sanggup lakukan semua itu.

Aku lupakan kejadian semalam, apa yang penting Airil sudah memberitahu mamanya yang dia akan ceraikan Ilya. Bercakap pasal Ilya, aku melihatnya yang sedang duduk di meja batu berhampiran kolam ikan. Aku terus mengatur langkah untuk ke sana.

"Nampak macam takut kena cerai je?" Tegurku dengan sindiran untuk menyakitkan hatinya. Ilya masih lagi fokus memandang ke arah air yang mengalir turun mencurah ke kolam.

"Aku tak takut langsung," katanya dengan senyuman sinis.

"Mungkin kau yang patut takut."

Aku terus memandang ke arahnya, Ilya masih lagi fokus ke arah tadi. Aku menjadi sedikit geram melihatkan caranya, bibirnya masih lagi mengukirkan satu senyuman sinis.

"Kalau dia ceraikan aku dan kahwin dengan kau. Suatu hari nanti mungkin dia akan lakukan perkara yang sama."

"Dia tak akan buat..."

"Buktinya ada depan mata, Farisya. Dia tinggalkan kau sebab nak kahwin dengan aku dan dia akan tinggalkan aku sebab kau."  Kali ini Ilya memandang ke arahku.

"Suatu hari nanti, dia akan tinggalkan kau lagi dan mungkin kerana aku atau kerana perempuan lain."

Entah kenapa aku rasa tergugat sedikit dengan hujung kata-katanya itu. Airil tak akan buat semua tu! Aku kenal Airil macam mana. Aku ingin terus menyangkal apa yang Ilya katakan tapi kenyataan yang terbentang membuatkan aku teragak-agak untuk menidakkannya.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now