Bab 28

40.3K 2.5K 676
                                    

Dua hari satu malam sudah memadai untuk kami semua berkumpul semula seperti dulu. Sedikit terubat rinduku pada alam persekolahan walaupun hanya sebahagian daripada mereka yang turut serta. Paling penting sekali, pertemuan semula kami telah merapatkan aku dengan Airil sama seperti dulu. Apa yang aku tahu ketika ini, dia sudah kembali cintakan aku seperti dulu. Cinta yang dia katakan sudah beralih arah kini kembali seperti dulu.

Pulang saja ke ibu kota, Ilya masih lagi tiada di rumah. Hari ini sudah masuk hari ke lima dia menetap di rumah keluarganya, buat sementara waktu. Tapi aku harapkan selamanya dia menetap di sana. Ketiadaan Ilya telah banyak membantu aku untuk mendekati Airil dengan lebih lagi.

Hari ini, selepas pulang dari pejabat, dia mengajak aku keluar. Katanya bosan tapi aku rasa dia tengah kusut memikirkan hubungannya dengan Ilya. Aku ikutkan saja ke mana dia ingin pergi.

"Ilya tak nak balik lagi ke?" Aku bertanya ketika Airil menghulurkan aiskrim ke arahku. Perisa coklat, kegemaranku dari dulu lagi.

"Boleh tak kita tak payah cakap langsung pasal dia?" Airil berkata sambil menyuakan sesudu aiskrim ke dalam mulutnya. Dari raut wajahnya, dia kelihatan tidak selesa apabila nama Ilya disebut.

Airil tanpa menghiraukan aku, terus berjalan pergi. Aku pula, terus mengikut langkahnya. Dia mengajak aku ke taman tema hari ini, katanya sudah lama tidak ke sini. Kali terakhir kami datang adalah setahun yang lalu. Aku sukakan tempat ini kerana aku boleh menghilangkan rasa duka dengan bergembira.

"Ingat tak carousel yang you bagi I dulu?" Tanyaku ketika terpandangkan merry go round. Pemberian Airil itu bersaiz kecil dan apabila dimainkan, alunan muzik akan keluar. Pemberiannya yang paling aku suka selain cincin.

"Ada ke?" Dia kembali menyoal aku, dahinya berkerut-kerut untuk mengingatinya.

"Ada." Aku iyakan pertanyaan Airil. Dia berikannya kepadaku secara tidak langsung, cuma ditinggalkan di hadapan pintu rumah. Apa yang tertulis pada nota kecil itu hanyalah memberitahu yang hadiah itu untukku dan di hujungnya ada tertulis, AZ. Maksudnya, Airil Zafran kan?

"Tak ingat la." Airil masih lagi kebingungan. Dia memang tak ingat atau buat-buat tak ingat?

"Jom!" Dia mengajak aku menuju ke arah Ferris wheel, langkahnya aku turuti dari belakang.

"Nak naik?" Soalku ketika kami sampai, pengunjung lain sudah mula bersesak di hadapan untuk melakukan perkara yang sama.

Airil terus masuk ke dalam dan aku mengikutnya. Kami mula mengambil tempat duduk secara bertentangan. Dia paling sukakan roda Ferris, Airil kata yang paling seronok sekali apabila berada di puncak. Katanya ketika berada di atas sana, bagaikan berada di awang-awangan. Mimpi yang buruk boleh menjadi indah, begitu juga dengan yang penuh dengan masalah boleh hilang bila berada di sana.

"You pakai lagi cincin tu?" Ketika roda Ferris mula bergerak, Airil ajukan soalan itu. Matanya terpaku pada sebentuk cincin pemberiannya.

"Rasa kosong jari ni kalau tak pakai," kataku sambil menyentuh cincin itu.

Airil memandang ke arahku, anak matanya merenung dalam ke mataku. Makin bertambah rasa cintaku terhadapnya dari hari ke hari walaupun aku cuba untuk membencinya. Dari hari pertama kami bertemu, ketika dia selamatkan aku dan hingga ke hari ini, hati ini tetap miliknya.

"Do you still love me?" Dia bertanya setelah agak lama kami berdiam. Aku kembali memandang ke arahnya, tiada jawapan yang aku berikan.

"Answer me," katanya lagi.

"Kalau I cakap tak, I tipu diri sendiri." Kali ini aku berikan jawapan yang jujur, aku tidak boleh menipu dengan memberikan jawapan yang sebaliknya.

Bukan Untuk DimilikiWhere stories live. Discover now