Bab 1 - Rindu

30.4K 451 13
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°

BUNYI ketukan pada pintu bilik pejabat kedengaran dan telah mengganggu fokusnya. Pen di tangan di letakkan ke atas meja sebelum dia menyandar pada kerusi kerjanya. Mata tajam merenung pintu.

"Masuk!" Dia bersuara menanti siapa yang sedang berada di sebalik pintu bilik pejabatnya itu.

"Encik Amsyar,"

Wajah beku merenung pembantu peribadinya.

"Wakil dari syarikat Menara Holdings sudah berada di bilik mesyuarat sekarang."

Jari naik menongkat pelipis dahi. Mata tajam merenung ke depan.

Liza yang sudah berkhidmat padanya lebih tiga tahun bakal meletakkan jawatan tidak lama lagi kerana akan berkahwin dan akan mengikuti suaminya merantau di negara orang lain. Dalam fikirannya dia mesti cari pengganti sebelum dia menghadapi masalah berkaitan jadual kerjanya.

Wanita itu diam menanti keputusannya.

"I'll be there in five minutes."

"Baik Encik Amsyar."






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°

         "SO Encik Amsyar, saya harap kerjasama antara kita dapat diperluaskan lagi memandangkan syarikat Encik Amsyar sangat menepati ciri-ciri yang saya inginkan dalam menjalin hubungan kerjasama antara sesebuah syarikat." puji Datuk Seri Amran, salah satu klien baru syarikatnya.

"Thank you very much Datuk. Saya pun harapkan macam tu juga. Syarikat Datuk pun bukan calang-calang. Saya rasa berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Datuk Seri." Pujian di balas pujian. Sekadar mahu mengambil hati.

This is a business.

Use your brain.

Datuk Seri Amran tersenyum mendengar anak muda itu memujinya. Mereka bersalaman sebelum Datuk Seri Amran keluar dari bilik mesyuarat.

"Encik Amsyar, sahabat Encik Amsyar sedang menunggu encik didalam bilik sekarang."

Beritahu Liza tika dia kembali ralit dengan kerja.

"Who?" Kepala mendongak merenung meja.

"Mr. Zack and Mr. Alex, sir."

Dia mengangguk kecil sebelum bangkit dan melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Fail ditangan dia berikan pada Liza yang setia mengekorinya. Kot dibutang sambil kaki panjangnya melangkah menuju bilik kerja. Pekerja-pekerja yang berselisih dengannya laju menundukkan wajah. Dia pula lebih selesa mengekalkan imej bekunya.






✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



       "ASSALAMUALAIKUM," kaki melangkah ke dalam bilik. Pintu sempat di tutup rapat.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now