BAB 4 - Rahsia

9K 287 1
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



     "Kau memang anak tak guna, dahlah derhaka, penipu pula tu! Memang tak tahu dek untung langsung!" jerkah Syed Azryl pada Riz Amsyar. Tajam matanya merenung. Tak puas hati.

     "Apa yang bising-bising ni, angah?" soal Datuk Seri Syed Ali Razlan pada Syed Azryl selepas mendengar suara orang bising di ruang tamu rumahnya malam itu. Mesti ada saja yang tidak kena bila anak keduanya itu dah memekak.

     Riz Amsyar di sofa hanya mendiamkan diri. Kelihatan Datin Seri Dahlia dan adik perempuan Riz Amsyar, Syarifah Nur Ashirah Rystina di sisi daddynya.

     "Daddy tanyalah anak derhaka ni. Sanggup menipu. Kalau derhaka tu tetap derhaka!" sinis Syed Azryl menjawab.

     "Kau buat apa pula kali ni Riz Amsyar?"

     Riz Amsyar di sofa mendiamkan diri sambil menunduk dan menggenggam erat tangannya. Dia berusaha mengawal pernafasannya. Peristiwa gelap dulu berusaha dihapuskan dari ingatannya. Peristiwa yang membuatkan dirinya trauma sekaligus membuatkan dirinya dibenci oleh keluarganya.

    

7 tahun lalu......

     "Adik jangan main dekat tepi jalan tu...." tegur Riz Amsyar pada adik bongsunya Syarifah Nur Aisha Rashyka yang berumur 5 tahun ketika itu.

     Petang itu, dia membawa keluar adik bongsunya itu bermain di taman permainan kerana adik bongsunya bosan duduk di rumah.

     "Along..." panggil Aisha.

     "Ya, adik nak apa?" soal Riz Amsyar.

     "Adik nak gula-gula yang makcik jual dekat sebelah jalan tu," jelas adik bongsunya sambil menunjuk pada makcik yang sedang meniaga di seberang jalan.

     Belum sempat Riz Amsyar menjawab, adiknya sudah meluru berlari menyeberangi jalan raya. Tanpa disedari sebuah kereta meluncur laju menuju adiknya dan seketika kemudian terdengar bunyi dentuman kuat.

     Riz Amsyar terkejut melihat kejadian yang berlaku di depan matanya itu. Pemandu yang melanggar adiknya itu berlalu pergi tanpa rasa perikemanusiaan dan terus berlalu meninggalkan tempat kejadian.

     "Adik!" jerit Riz Amsyar. Dia bergegas berlari mendapatkan adiknya yang terkulai layu dan memangku kepala adiknya yang berlumuran darah.

     "A-long..along janji de-engan adik along takkan tinggalkan daddy de-ngan mummy..." pinta adiknya dengan suara yang tersekat-sekat.

     "Along janji." jawab Riz Amsyar dengan airmata yang berjatuhan.

     "Along sakit..." rintih adiknya sebelum terkulai layu tidak sedarkan diri. Riz Amsyar yang masih terkejut lantas memanggil-manggil nama adiknya tatkala melihat adiknya tidak sedarkan diri.

     Semenjak kejadian itu, ahli keluarganya mulai memulaukan dirinya dan menuduh dialah penyebab adiknya terbunuh. Hanya Mak Tam, orang  gaji yang sudah lama berkhidmat pada keluarganya saja yang melayannya seperti biasa. Sakit sihatnya hanya Mak Tam sahaja yang ambil tahu.

     Riz Amsyar tersentak bila terasa sakit pada pipi kirinya akibat tumbukan Syed Azryl sekaligus menyedarkannya dari melamun teringatkan kejadian lalu.

Berikan Aku Bahagia[H]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora