BAB 17 - Sapu Habis

8.3K 244 5
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°








      "ASSALAMUALAIKUM daddy, mummy." Salam di beri saat melihat Datuk Syed Ali dan Datin Dahlia sedang duduk bersembang di halaman rumah Datuk Syed Ali ketika mereka sampai petang itu.

     "Waalaikumsalam. Baru sampai?" soal Datin Dahlia. Mata naik merenung menantunya.

     "Ya mummy. Eh! Awak tak payah angkat beg tu. Awak tu belum sihat. Pergi masuk dalam sana." Riz Amsyar yang sedang memegang beg pakaian di hampiri lalu beg tersebut di ambil.

     "Bukannya berat," gumam Riz Amsyar.

     "Saya dengar tu. Dah, masuk dalam," arah Dian tegas. Belakang Riz Amsyar di tolak lembut. Datuk Syed Ali dan Datin Dahlia hanya memerhati pergaduhan kecil tersebut.

     "Masuk dulu mummy, daddy." Dian bersuara meminta diri sambil menarik lengan Riz Amsyar.

     "Naiklah dulu," ujar Dian sebelum melencong ke arah dapur. Riz Amsyar diam lalu perlahan mendaki tangga.

     "Nak makan tak?" Sambil dia meletakkan beg pakaian di tepi meja sejurus dia melangkah masuk ke dalam bilik. Riz Amsyar melihat Dian lama seolah-olah berfikir.

     "Jangan risau, mummy dengan daddy dah makan. Jomlah nanti gastrik awak datang." Riz Amsyar mengangguk kecil.

     Mereka beriringan keluar dari bilik dan turun menuju ke dapur.

     "Makanlah." Pinggan berisi nasi dan lauk diletakkan di depan suaminya namun Riz Amsyar memandang Dian tunak.

     "Tak nak makan?" Riz Amsyar menggeleng.

     "Dah tu nak apa?" Riz Amsyar mengangakan mulutnya. Dian mencebik melihat perangai manja suaminya namun dituruti jua kehendak lelaki itu.

     "Tak makan?" Riz Amsyar menyoal tatkala melihat hanya dia yang wanita itu suap.

     "Tak."

     "Kenyang dah?" soal Dian bila Riz Amsyar menolak suapan darinya.

     "Aku tak nak makan selagi kau tak makan," balasnya sambil merenung lama Dian. Dian juga turut merenung suaminya dan tidak mahu mengalah. Akibatnya terjadilah babak tenung menenung hampir beberapa saat sebelum Dian menundukkan wajahnya bila Riz Amsyar mengenyit mata.

       Tak aci!

     "Tak nak makan juga ke? Ke nak aku suapkan. Tapi kau jangan menyesal nanti," katanya berbaur ugutan namun Dian tetap menundukkan wajahnya.

     "Kalau aku yang suapkan, aku guna mulut. Kau nak ke?" soalnya sekali lagi sambil mendekatkan wajah ke arah Dian. Dian gelabah. Takkan dia nak buat betul-betul. Tingkahnya jadi serba tak kena. Risau jika lelaki itu betul-betul nak suap dengan mulut.

     "Okey, okey. Saya makan," akurnya. Selepas dia menyuap ke mulutnya, dia menyuap pula ke mulut Riz Amsyar hinggalah pinggan di tangan licin.

     Riz Amsyar tersenyum dalam diam. Puas hati.
   
   
    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



   
    
     "Hmm...wanginya. Mummy masak apa?" Datin Dahlia di hampiri.

     "Wangi? Hmm...mummy masak udang masak merah, kangkung tumis belacan dengan udang tempura." Datin Dahlia tersenyum memandang menantunya sekilas sebelum mengacau sayur kangkung yang sedang di tumisnya.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now