BAB 9 - Meminang

8.1K 261 2
                                    

 

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°







         "Jangan lupa sabtu ni." Riz Amsyar muncul didepan meja kerja Dian. Wanita itu direnung.

Berkerut kening Dian cuba memikirkan maksud lelaki itu. Beki otaknya. Masa-masa macam ni jugalah otaknya hang.

     Lelaki itu dipandang pelik bila tak ada jawapan. Penat dia mengerah otak cuba mencari jawapan namun gagal.

     "Tak ingat?" soal Riz Amsyar. Kedua tangan menongkat di meja kerja Dian. Perlahan di rapatkan wajah ke arah Dian.

Dengan pantas Dian ke belakang. Dia menggeleng. Mata membulat memandang bos muka ketat.

     "Sabtu ni aku masuk meminang." Usai berkata, Riz Amsyar terus berpaling melangkah ke bilik. Haih!! Sabarlah dapat bakal isteri yang ada penyakit lupa ingatan.

     Dian di luar terkebil-kebil memandang pintu pejabat Riz Amsyar yang sudah tertutup rapat. Lama dia memandang. Otak masih tak mampu berfikir. Entah apa yang baru saja terjadi sebentar tadi.
  
  
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°


  
 
      "ASSALAMUALAIKUM, Dzulkifly." sapa Datuk Izzuddin bapa kepada Zack merangkap ketua rombongan pihak lelaki.

     "Waalaikumsalam, Izz. Masuk-masuk." pelawa Tan Sri Dzulkifly usai mereka berpelukan.Datuk Izzuddin ingat lagi. Sebulan sebelum rombongan itu masuk meminang, Riz Amsyar datang ke rumahnya dan meminta pertolongannya untuk menjadi wakil pihak lelaki.

     Datuk Izzuddin yang sudah lama tahu perihal kisah hidup Riz Amsyar yang juga turut mengambil lelaki itu sebagai anak angkat tanpa berfikir panjang bersetuju.

     Dia tahu bahawa Datuk Syed Ali Razlan sahabatnya itu tidak mungkin mahu menjadi wakil kerana rasa benci yang membara dalam hatinya pada anak sulungnya itu. Acap kali juga dia menasihati sahabatnya itu namun hanya senyuman sinis yang dibalas Datuk Syed Ali Razlan.

     "Kami datang ni bawa hajat sebenarnya, Ly." jelas Datuk Izzuddin setelah masing-masing mengambil tempat. Hajat baik tak elok di lewat-lewatkan.

     "Hajat apa?" soal Tan Sri Dzulkifly masih ingin berkias. Sempat tersenyum memandang isterinya.

     "Kami datang ni sebenarnya nak menyunting sekuntum bunga. Dengarnya di sini ada sekuntum bunga indah yang di jaga rapi." Datuk Izzuddin tersenyum kecil.

     "Harapnya tak layulah bunga tu bila dipetik ye." seloroh Tan Sri Dzulkifly mengundang tawa semua. Namun selorohnya itu penuh makna mendalam. Dia tak nak anak perempuannya itu disia-siakan.

Mereka yang lain mengangguk faham. Moga si kumbang yang berani mahu menyunting bunga itu bisa menjalankan tanggungjawabnya.

     "Kalau macam tu kita tanyalah cik bunga kita ni. Setuju atau tidak menjadi hak milik seekor kumbang yang masih teruna tapi tak tahu dimana kumbang tu terbang sekarang." sekali lagi ruang tamu itu riuh dengan gelak ketawa. Wajah anaknya dipandang.

     "Diam tu tandanya setujulah ye." Puan Sri Umairah menyampuk tatkala Dian diam menunduk. Dia pun tak sabar nak ada menantu.

     "Jomlah kita jamu selera." pelawa Tan Sri Dzulkifly usai mereka selesai berbincang.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now