BAB 33 - Sebenar

7.2K 209 4
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°









     "ASSALAMUALAIKUM tok ayah?" Syed Amin tersentak saat mendengar suara itu. Bergegas dia menuju pintu utama.

     "Waalaikumsalam. Along? Dian? Balik tak cakap pun." Cucunya dipeluk erat selepas membuka pintu. Tersenyum Dian melihat kemesraan suaminya dan Syed Amin.

     "Masuklah. Dian sihat?"

     "Sihat tok ayah." Secalit senyuman terbias di wajah Dian sambil menyalami Syed Amin.

     "Jom masuk." Ajak Syed Amin dengan senyuman di bibir tuanya. Dian dan Riz Amsyar menurut.

     "Penat sangat ke long?" soal Syed Amin sambil memandang Riz Amsyar yang sedang menyandar di sofa. Dian pula hilang ke dapur.

     "Sikit tok ayah," balas Riz Amsyar.

     "Dah makan?"

     "Dah tok ayah. Singgah dekat restoran tadi," sampuk Dian. Gelas berisi air kosong diberikan pada Riz Amsyar.

     "Yalah. Rehatlah, tok ayah nak ke pekan dulu. Tok ayah nak jumpa kawan," ujar Syed Amin sebelum berlalu pergi.

     "Mengantuk ke?" Riz Amsyar yang sedang memejam mata mengangguk.

     "Tidur dalam biliklah, sejuk dekat luar ni." Lelaki itu di pandang menunggu respon.

     "Hm..."

     "Tunggu apa lagi. Bangunlah." Riz Amsyar diam tidak membalas.

     "Awak.. Awak? Lah.. dah tidur." Menggeleng Dian sebentar sebelum berlalu ke dalam bilik. Sehelai selimut dibawa keluar. Jaket yang tersarung di tubuh suaminya dibuka dengan berhati-hati. Selepas itu, Riz Amsyar dibaringkan dengan betul di sofa. Tubuh suaminya diselimuti. Tv dihidupkan dan mencari rancangan yang bagus.

     Sedang elok dia menonton tv, dia di kejutkan dengan suara Riz Amsyar yang tiba-tiba saja timbul. Bila di toleh, rupanya lelaki itu mengigau. Sudah lama suaminya tidak mengigau tentang adik bongsu lelaki itu.

     "Adik! Adik! Along minta maaf, along tak jaga adik!" Dian menghampiri Riz Amsyar dan mengejutkan suaminya.

     Beberapa kali tolakan kecil sambil memanggil lelaki itu namun Riz Amsyar tidak terbangun tapi tangannya pula yang terbangun, terkapai-kapai tangannya mencari sesuatu. Apabila ditemui, Riz Amsyar menarik ke dadanya. Seketika kemudian dia tenang kembali.

     Dian memerhati tangannya di dalam genggaman Riz Amsyar dengan lama. Ingin saja dia tergelak bila tangan Riz Amsyar menggagau tangannya tadi namun laju dia tahan agar Riz Amsyar tidak terbangun.
  
  
  

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°

  
 
           "AWAK, abah dengan umi dah tahu ke kita balik rumah tok ayah ni?" soal Dian sejurus keluar dari bilik air. Risau jika keluarganya sedang menunggu kepulangan mereka. Riz Amsyar yang berselimut hingga paras dada mengangguk.

     "Come here," gamitnya. Selimut diselak. Perlahan-lahan Dian naik ke katil. Selimut ditarik menyelimuti mereka. Riz Amsyar membawa Dian ke dalam pelukan hangatnya. Dian pula selesa bila berada dalam dakapan suaminya.

     "Do you love me, hm?" Gemersik suara Riz Amsyar menyapa pendengaran Dian. Dian senyap. Muka pula di sembam ke dada Riz Amsyar yang tidak berbaju.

Berikan Aku Bahagia[H]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum