BAB 15 - Haram

8.7K 275 5
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°








      "FIKIRKAN tak datang." Zack bersuara selepas membalas salam yang diberikan Riz Amsyar yang sudah duduk di depannya. Hantar mesej tadi sebab dia nak tahu jadi ke tak nak lepak sama tapi kata lelaki itu tak. Ada kerja yang perlu di buat. Ni tiba-tiba muncul. Tak boleh percaya langsung.

     "Amacam hidup?" Joe menyampuk. Kening di jongket beberapa kali sambil tersengih.

     "Ok," jawab Riz Amsyar sepatah. Alex dan Zack ketawa.

     "Ok je?"

     "Hm.. Ok sebab ada orang yang temankan masa susah senang." Di kerling Dian di sebelahnya. Alex dan lain tersenyum. Tahulah mereka yang Riz Amsyar amat menyayangi Dian.

     "Awak dah nak tidur?" soal Dian sambil memandang Riz Amsyar yang sudah berkira-kira mahu naik ke atas. Selepas saja melepak dengan sahabat mereka, dia dan Riz Amsyar terus pulang ke rumah kerana Riz Amsyar mengadu penat padanya. Ketika enjin motor dimatikan, hujan mula turun dengan lebatnya.

     "Tak. Nak mandi." Badannya berpeluh. Anak tangga di daki. Dian dia tinggalkan di ruang tamu. Helmetnya dan Dian dimasukkan ke dalam almari kaca khas. Jaket yang tersarung ditubuh dibuka dan diletakkan di atas katil. Tuala dicapai dan melangkah masuk ke bilik air.

     Keluar dari bilik mandi Riz Amsyar dikejutkan dengan bunyi deringan telefonnya. Panggilan dijawab tanpa melihat nama pemanggil.

     "Assalamualaikum Mr Riz," sapa si pemanggil.

     "Waalaikumsalam," jawabnya sambil sebelah tangan mengelap rambut dengan sehelai tuala kecil. Badan yang belum memakai baju dan hanya memakai tuala melangkah menuju ke balkoni.

     "Nak apa?" soalnya mendatar. Nak buat macam mana lagi kalau dah begini caranya bercakap dengan orang lain.

     "Mereka dah tahu bos dekat mana."

     " Don't worry Michael. I'll be fine here. Jaga company tu baik-baik," pesannya.

     "Okay sir," balas Michael di dalam talian. Orang kepercayaan yang dia lantik sebagai CEO mengurus anak syarikatnya yang berada di Paris.

     Selepas berbicara seketika dengan Michael, Riz Amsyar menamatkan panggilan. Ketika hendak masuk ke dalam bilik, Riz Amsyar perasan yang bilik mereka masih kosong.

     "Belum masuk lagi," gumamnya seorang diri. Dia lantas memakai kain pelikat. Tanpa memakai baju dia keluar dari bilik menuju ke bawah. Baru saja ingin memijak anak tangga, kedengaran ibu mertuanya menyapa.

     "Tak sejuk ke Amsyar?" soal Puan Sri Umairah sengaja meninggikan suaranya. Elok bersembang dengan saudaranya yang datang melawat kerana ada urusan di Kuala Lumpur, dia tersentak apabila melihat menantunya turun ke bawah dengan hanya memakai kain pelikat tanpa baju.

     Puan Sri Umairah berbuat demikian kerana saudaranya yang mempunyai anak tiri kembar. Dia perasan anak dara dua orang itu tidak lepas dari memandang menantunya. Dia sedar akan perangai gatal anak dara tersebut kerana acapkali dia melihat di majlis-majlis yang saudara-saudaranya adakan.

     Riz Amsyar pantas berlalu masuk ke dalam bilik semula bila perasan yang bukan keluarga isterinya saja yang ada disitu. Selepas memakai baju, dia turun semula ke ruang tamu dan terus duduk disamping Dian yang bermasam muka.

     Dia perasan mata dua orang perempuan dihadapannya tidak berkelip memandangnya. Jari jemari Dian diambil sebelum digenggam. Dian terus memandangnya dan Dian mulai faham bila Riz Amsyar memberikan isyarat melalui mata bahawa lelaki tidak berasa selesa dengan dua orang perempuan di depan mereka.

Berikan Aku Bahagia[H]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora