BAB 23 - Teori Atau Praktikal

7.6K 246 2
                                    




✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



         "ASSALAMUALAIKUM," ujar Daniel sebelum melangkah masuk ke dalam rumah. Digagahkan jua untuk melangkah ke ruang tamu walaupun terasa diri seakan-akan mahu tumbang.

     "Waalaikumussalam," jawab Tan Sri Dzulkifly dan Puan Sri Umairah yang sedang menonton tv diruang tamu. Daniel pantas mengambil tempat disamping Puan Sri Umairah.

     "Allah..." gumamnya kepenatan. Kepala pula dibaringkan di riba Puan Sri Umairah. Puan Sri Umairah tersenyum kecil. Dah datang dah manjanya!

     "Penat sangat ke?" Tangan naik mengurut lembut kepala Daniel. Daniel hanya mengangguk kecil. Semakin lama semakin tertutup matanya. Tan Sri Dzulkifly yang memerhati tergelak kecil.

     Mana tak penatnya bila mesyuarat bersama klien terpaksa ditunda beberapa kali dalam satu hari. Selesai dengan mesyuarat, dia berlari pula mengejar masa melawat tapak projek.

     "Penat sangat nampaknya along ni sampaikan tak sedar dah tertidur." Tan Sri Dzulkifly bersuara sambil mengerling Daniel yang dah berdengkur. Puan Sri Umairah tersenyum. Lengan Daniel ditepuk-tepuk lembut bila Daniel bergerak kecil. Suara tv yang terpasang tidak mengganggu tidur Daniel malah dia kembali nyenyak.

     "Assalamualaikum."

     "Waalaikumussalam."

     "Pergi mana? Dah malam baru balik?" soal Puan Sri Umairah risau. Riz Amsyar mengambil helmet Dian.

     "Naik dulu abah, ummi." ujarnya sebelum berlalu. Tan Sri Dzulkifly dan Puan Sri Umairah mengangguk.

     "Singgah dekat walid sekejap ummi." Jelas Dian.

     "Eh!" Dian tersengih jahat.

     "Shh! Along penat. Jangan kacau." Laju Puan Sri Umairah menghentikan tingkah Dian bila anak bongsunya itu ada niat mahu mengganggu tidur abangnya.

     "Pergi naik sana, mandi." Tan Sri Dzulkifly bersuara. Dian cemberut. Awal-awal dah tertangkap niat tak baiknya. Baru nak kacau.

     "Baik bah." Dian mencebik. Dengan langkah lemah dia mendaki tangga.

     Masuk ke dalam bilik, Dian dah menggeleng kepala bila Riz Amsyar dah terbongkang atas katil. Yang seorang dibawah. Yang seorang lagi di atas. Elok sangatlah tu.

     Yang dekat atas ni tinggal sikit, tidur. Tinggal sikit, tidur.

     Riz Amsyar mengangkat kepalanya bila terdengar derap kaki.

     "Sayang, tolong bukakan tali pinggang abang ni," pintanya sambil menjatuhkan kembali kepalanya.

     "Tak ada tangan ke?" perli Dian.

     "Dian!"

     "Tak nak."

     "My Ryys."

     "Yalah." Dian membalas malas. Dengan gaya belum makan dia menghampiri Riz Amsyar yang terlentang di atas katil. Kepala tali pinggang dibuka.

     "Tarik," pinta Riz Amsyar. Dengan terpaksa Dian tarik lalu diletakkan di atas meja.

     "Pergi mandi," arah Dian. Ni nasib dah solat isyak.

     "Aku penatlah."

     "Tahulah penat. Mandilah dulu baru tidur. Tak eloklah dari luar balik terus tidur." Nasihat Dian. Tak tahu ke apa yang ada di sepanjang jalan raya tu. Segala macam jenis kuman ada. Kuman dari alam ghaib pun ada.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now