BAB 12 - Perasaan

10.2K 290 6
                                    



✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°




   "SELAMAT pengantin baru," bisik Siti pada Dian tatkala dia sampai ke pejabat. Hanya Mya dan Siti di pejabat yang mengetahui tentang perkahwinannya dan Riz Amsyar kerana mereka berdua sepakat untuk merahsiakan perkahwinan ini atas sebab-sebab tertentu.

     "Bos tak masuk kerja?" soal Siti pelik. Kelibat langsung tak kelihatan.

     "Tak."

     "Kenapa?" keningnya berkerut menyoal ingin tahu. Tuan Amsyar jarang cuti. Kalau sakit pun memang tak adanya dia cuti kecuali kalau lelaki itu betul-betul tak larat.

     "Awak, saya dah nak pergi dah ni," Dian bersuara sambil memandang Riz Amsyar yang sedang baring membelakanginya di atas katil.

     "Pergilah." dingin lelaki itu bersuara.

     Merajuk!

     "Macam mana nak pergi kalau tak salam lagi."

     Senyap...

     "Alah...janganlah macam ni. Kerja je pun." pujuk Dian usai menyalam tangan Riz Amsyar.

     "Aku bagi cuti seminggu tapi belum sampai seminggu kau dah masuk kerja dah." jelas Riz Amsyar tak puas hati. Orang lain cuti kahwin sampai nak sebulan cuti. Yang bininya boleh pula cuti seminggu tak habis dia dah gatal nak masuk kerja.

     "Apa susah. Awak masuklah kerja sekali. Kan senang," balas Dian polos.  Riz Amsyar menjeling tajam Dian sekilas sebelum berpaling membelakangi Dian.

     "Dah lah, saya jalan dulu." pamit Dian bila menyedari dia sudah terlambat. Malas nak layan rajuk suaminya. Lelaki itu sendiri yang izinkan semalam bila dia minta kebenaran nak masuk kerja. Alih-alih pagi ni lain pula ceritanya.

      Dia melangkah keluar dari bilik dan saat pintu hendak ditutup dia sempat menangkap butir bicara Riz Amsyar.

     "Hati-hati." dia tersenyum sebelum menutup pintu bilik.

     "Jahatnya isteri bos ni." perli Siti. Dian gelak.

    "Dah lah, aku nak sambung kerja dulu." Siti tersenyum mengangguk. Masing-masing mereka berpisah arah.

      Meja kerjanya dipandang geram. Fail-fail diatas mejanya bertimbun. Baru cuti berapa hari dah bertimbun. Nasiblah jadi PA. Kalau bukan kerana fail yang bertimbun itu, tidak mungkin dia masuk kerja lebih awal.

     "Assalamualaikum. Syok tak?" perli Dian pada Asyraff yang baru muncul. Mukanya lesu.

     "Waalaikumsalam. Benci tau tak?" rungut Asyraff sambil menumbuk perlahan meja Dian.

     "Benci?" mata naik mendongak memandang Asyraff. Apa pula masalah lelaki ni.

     "Yelah, benci dengan bos tu. Sampai hati hantar aku dekat Sarawak lepastu tak bagi cuti." jelasnya dengan bibir yang dicebikkan.

     "Habis tu macam mana, kes dah selesai dah? " sampuk Razak yang muncul secara tiba-tiba.

     "Kes apa?" giliran Aamir pula menyampuk. Kepala digaru. Tak ingat langsung kes yang berlaku sebelum-sebelum ni.

     "Bila masa kau nyanyuk ni, Mir?" sampuk Nurul. Meja kerja Dian dikeliling. Nasib tak ada bos kalau tak, mahunya bonus tak ada hujung tahun.

     "Betul wei, aku tak ingat."

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now