BAB 6 - Cari Nahas

9.2K 305 4
                                    

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



      "Hah! Hidup lagi. Ingat dah mampus dah!!" perli Syed Azryl apabila melihat kelibat Riz Amsyar melangkah masuk ke dalam rumah.

Selepas bersarapan tadi, Riz Amsyar meminta diri untuk pulang ke rumah walaupun di tegah keras oleh Puan Sri Umairah.

Dia hanya menunjukkan riak tenang walhal dalam hati bagai disiat-siat mendengar kata-kata sinis adiknya itu. Dia lantas membawa diri ke biliknya. Tubuh direhatkan di atas katil. Dengan perlahan matanya tertutup selepas merenung kosong siling putih biliknya.

✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°



       DIAN tersenyum melihat Mya, Siti, Joe, Zack dan Alex duduk semeja di dalam restoran tersebut. Sambil melangkah masuk ke dalam restoran sambil itu matanya ligat memerhati hadapan restoran itu yang penuh dengan motosikal berkuasa tinggi.

Sedang mereka bergelak ketawa, mereka dikejutkan dengan bunyi hentakan meja yang kuat. Dua orang lelaki sedang berdiri ditepi meja yang dihentak tadi sambil memerhati segenap restoran.

"Mana presiden kelab ni?" soal lelaki yang berdiri dihadapan yang memakai baju dan jaket hitam dengan muka bengis. Tingkahnya kelihatan angkuh.

"Apahal kau cari?" soal Riz Amsyar. Entah celah mana dia muncul.

"Kau jangan sibuk!" kata lelaki itu sinis.

"Mana presiden kelab ni? Aku nak dia keluar sekarang! Aku nak tuntut ganti rugi sebab salah seorang geng kelab ni dah langgar motor orang aku." lantang lelaki itu bersuara membuatkan restoran itu sunyi sepi.

Masing-masing berpandangan. Tak tahu hujung pangkal cerita.

"Kau nak berapa?" soal Riz Amsyar memecah kesunyian. Semua mata beralih pada wajah dinginnya. Nyata ada yang tidak berapa setuju bila lelaki itu terus saja menyoal bayaran ganti rugi.

"Seratus ribu." ujar lelaki itu angkuh. Riz Amsyar ketawa sinis membuatkan orang yang mendengarnya meremang bulu roma.

"Sekarang pun aku boleh beri. Tapi, aku nak pastikan kau bayar lima kali ganda dekat mahkamah nanti." Riz Amsyar.

"Kau fahamkan maksud aku. Nak aku jelaskan lagi? " tanya Riz Amsyar sambil memandang tajam lelaki tersebut.

Lelaki itu diam menahan geram sambil membalas renungan tajam Riz Amsyar. Tahu yang dia tidak akan mampu menipu duit kelab itu kerana tembelangnya sudah pecah.

"Tak ada lesen..." ujar Riz Amsyar sambil memandang lelaki itu.

"Langgar lampu merah," kaki melangkah menghampiri lelaki itu.

"Positif dadah, " muka di dekatkan pada telinga lelaki itu.

"Mabuk ketika menunggang..." bisiknya perlahan penuh kesinisan.

"Kau nak aku sebut semua ke?" mereka berpandangan. Renungan mata penuh amarah. Nafas kencang menahan geram.

"Kau nak sangat ke duit tu? Boleh je aku tulis cek sekarang." Riz Amsyar tarik senyum sini seraya mengundur ke belakang. Zip jaket dibuka bersedia untuk mengambil cek.

"Tak payah! Aku-!" belum sempat lelaki itu menghabiskan katanya, Riz Amsyar pantas memotong.

"Dah, berambus. Pergi main jauh-jauh kalau tak nak." pintasnya sambil mengibaskan tangannya lagak menghalau. Terus riuh restoran tersebut dengan gelak mereka. Dia ingat tu budak kecil ke apa!

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now