BAB 25 - Bebel Lagi

6.5K 223 3
                                    


✧══════•❁❀❁•══════✧
𝓢𝓮𝓫𝓾𝓪𝓱 𝓹𝓮𝓷𝓰𝓸𝓻𝓫𝓪𝓷𝓪𝓷
°
°
°
°
°









     "TAK sakit ke Amsyar?" soal Danish yang duduk di sebelah pemandu. Daniel yang sedang memandu sekadar memasang telinga. Dian dan Riz Amsyar duduk dibelakang mereka manakala Zamrul menaiki motor Danish kerana ada urusan lain selepas ke gim yang ingin dia selesaikan di salah satu tempat.

     "Dah biasa." Riz Amsyar membalas pendek sambil memerhati Dian yang sedang membelek-belek tangannya tanpa wanita itu sedari.

     "Dik! Lapar sangat ke dik? Angah tengok kau belek tangan suami kau tu serupa nak telan." Dian dah menjeling tajam Danish.

     "Suka hatilah," marahnya. Sempat lagi menjelirkan lidah pada Danish. Danish juga turut melakukan perkara yang sama dan akhirnya, terjadilah pergaduhan kecil antara Danish dan Dian.

     "Nak aku turunkan dekat tepi jalan ni?" Suara mendatar dari si pemandu buatkan kereta itu sunyi sepi hinggalah sampai ke rumah.

     "Astaghfirullah al-azim!! Kamu semua ni buat apa dekat luar tu hah?!" Belum sempat nak beri salam, mereka dah di sound.

     Tan Sri Dzulkifly dan Puan Sri Umairah terkejut melihat menantu mereka yang lebam-lebam di muka ditambah lagi dengan buku lima yang berdarah. Berderau darah Puan Sri Umairah dibuatnya.

     "Jawablah!" Danish dah terkulat-kulat memandang yang lain meminta pertolongan.

     "Zamrul mana Zamrul?" Mata Puan Sri Umairah memerhati di belakang Dian dan lain.

     "Hah! Sini Zamrul. Jangan nak lari. Kamu berlima ni buat apa dekat luar hah?! Sampai Amsyar lebam-lebam macam ni?" Zamrul yang baru nak lari dah dipanggil. Dengan muka yang nak nangis, dia menyertai prajurit-prajurit komander umi.

     "Amsyar?" Dua pasang mata yang sedang duduk memandang tajam Riz Amsyar.

     "Sebenarnya Amsyar bertumbuk tadi mi." Kecil saja suaranya menjawab.

     "Apa? Bertumbuk?!" Naik seoktaf nada Puan Sri Umairah.

     "Ya."

     "Budak-budak ni memang nak kena ni bang!" Puan Sri Umairah dah menyinsing lengan bajunya.

     "Bukan bergaduh umi. Maksud Amsyar, Amsyar berlawan dalam gelanggang. Amsyar pandai kickboxing." Prajurit komander umi dah bergetar kaki bila melihat komander mereka dah menyinga.

     "Habis tu kenapa sampai lebam macam ni?" soal si komander.

     "Amsyar..."

     "Amsyar apa?"

     "Amsyar tak guna glove."

     "Budak-budak ni buat aku sakit jantung tak lama lagi," gumam Puan Sri Umairah sambil menggeleng kepala. Prajuritnya yang tiga orang dah tersengih.

     "Dah makan belum?"

     "Belum mi!" Suara Zamrul, Danish dan Dian bergabung.

     "Kalau bab makan cepat pula nak jawab," perli Puan Sri Umairah. Tiga prajuritnya tersengih malu.

     "Duduk! Lepas makan sapu ubat dekat lebam tu," pesan Puan Sri Umairah. Riz Amsyar mengangguk sambil menunduk.

     "Dah solat belum?" Suara si panglima prajurit akhirnya keluar. Matanya tajam memerhati lima prajurit yang turut memandangnya.

Berikan Aku Bahagia[H]Where stories live. Discover now